Petua 1:
Ambil beberapa biji bawang putih dan tumbuk
sehingga lumat. Campurkan dengan minyak masak dan lumurkan pada rambut. Balut
kepala dengan kain selama 1 jam sebelum dicuci.
Petua 2:
Gosok
buah belimbing ke seluruh rambut dan kulit kepala. Biarkan kira-kira 5-10 minit
dan bilas dengan air bersih. Rambut akan kembali sihat dan bebas kutu.
Petua 3:
Ambil
beberapa biji ubat gegat dan tumbuk hingga halus. Campurkan ubat gegat itu dengan
setengah cawan minyak kelapa/minyak masak. Sapu seluruh kepala dan balut kepala
dengan kain. Selepas 15 minit, bilas rambut.
Petua
4:
Sapukan
cuka putih pada rambut. Biarkan selama 2-3 jam. Balut kepala anda dan sikat
rambut anda menggunakan sikat kutu dan bilas kepala anda. Amalkannya setiap 3
hari sekali sehingga kulit kepala bebas dari serangan kutu rambut.
Petua
5:
Sapukan
minyak zaitun pada rambut. Biarkan selama 2-3 jam. Balut kepala anda dan sikat
rambut anda menggunakan sikat kutu dan bilas kepala anda. Amalkannya setiap 3
hari sekali sehingga kulit kepala bebas dari serangan kutu rambut.
Petua
6:
Sapukan
sedikit minyak tanah pada rambut dan bungkus kira-kira 15 minit. Selepas itu
syampu rambut anda.