Friday, December 19, 2014

PUNCA KEJATUHAN HARGA MINYAK DUNIA DISEBABKAN PERBALAHAN ANTARA AS DAN RUSSIA



Baru-baru ini Malaysia dikejutkan dengan kejatuhan harga minyak di pasaran dunia yang menyebabkan nilai mata wang ringgit juga jatuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS). Mengikut firma perunding yang berpusat di London, Spiro Sovereign Strategy, kejatuhan harga minyak ini menyebabkan pasaran saham Malaysia jatuh 12 peratus dalam tempoh tiga bulan. Ini diikuti oleh negara Asia Tenggara lain yang turut berasa tempias kejatuhan harga minyak dunia itu seperti Indonesia sebanyak 0.8 peratus dan Thailand 2.5 peratus dalam tempoh yang sama. Kejatuhan ringgit pula menjangkau 11 peratus berbanding dolar AS sejak Ogos lalu.
Ringgit kini diniagakan pada RM3.49 berbanding satu dolar AS. Kejatuhan ini diikuti dengan rupiah Indonesia, 5.3 peratus, Bath Thailand tiga peratus dan Peso Filipina dua peratus. Inilah kesan daripada kejatuhan mendadak harga minyak di pasaran antarabangsa. Nilai minyak mentah di pasaran kini ialah sebanyak AS$59 dolar setong berbanding AS$115 setong yang diniagakan pada pertengahan tahun.
Keadaan yang berlaku ke atas harga minyak ini amat memeningkan penyelidik khususnya ahli ekonomi dan politik antarabangsa. Biasanya kejatuhan harga berlaku apabila berlakunya keadaan penawaran melebihi permintaan. Jika berlaku konflik di dunia, khususnya di Asia Barat, kebiasaannya harga minyak akan meningkat seperti yang berlaku pada tahun 1970an dan ketika Perang Teluk yang lalu.
Kini harga minyak yang jatuh teruk dilihat sebagai tindakan yang disengajakan pihak tertentu untuk menjejaskan ekonomi sesebuah negara yang bergantung kepada minyak dengan cara menambahkan penjualan minyak dalam pasaran. Ramai penganalisis beranggapan bahawa krisis kejatuhan harga minyak ini adalah kesan daripada perbalahan antara Barat yang diketuai AS dengan Russia khususnya berkenaan konflik di Ukraine dan tragedi pesawat MH17 di Ukraine pada Julai lalu.
Tindakan disengajakan
Mengikut akhbar The Washington Post pada 15 Disember lalu, kejatuhan harga minyak ini sememangnya satu tindakan disengajakan bagi menggugat ekonomi Russia. Sebelum ini, negara Barat khususnya AS dan Kesatuan Eropah mengenakan sekatan ekonomi dan diplomatik ke atas Russia, namun kesannya belum dapat menggugat Russia untuk keluar daripada Ukraine. Justeru, satu tindakan drastik perlu dilakukan Barat untuk terus menekan Russia.
Barat berasakan bahawa cara terbaik menggugat ekonomi Russia adalah dengan menjatuhkan harga pasaran minyak global. Oleh itu, AS dan Arab Saudi berpakat menambahkan penawaran minyak di pasaran ketika permintaan minyak dunia adalah rendah daripada Eropah, China dan Jepun.
Harga minyak yang rendah bermakna syarikat minyak Russia mempunyai kurang dolar AS untuk ditukarkan kepada mata wang Ruble Russia. Dengan kekurangan permintaan terhadap Ruble Russia maka nilai mata wang berkenaan jatuh. Ini menyebabkan nilai Ruble Russia dilihat jatuh lebih 22 peratus berbanding dolar. Untuk menyelamatkan ekonomi Russia, bank pusat Russia telah menaikkan kadar faedah kepada 6.5 peratus.
Gugat ekonomi dunia
Tindakan Barat ini sebenarnya bukan sahaja menjejaskan Russia dan negara lain khususnya di Asia Tenggara, malah juga menjejaskan ekonomi AS dan Eropah. Namun, ia dirasakan risiko yang harus diambil bagi memastikan Presiden Russia, Vladimir Putin terus ditekan dan mendengar desakan pihak Barat khususnya dalam menyelesaikan isu pemberontakan di Ukraine.
Perbalahan antara Russia dan Ukraine juga sebelum ini dilihat menjejaskan ekonomi Russia yang terpaksa menaja puak pemberontak dalam menentang tentera kerajaan Ukraine yang mendapat bantuan Barat. Apa yang jelas, krisis politik dunia yang berlaku jauh di Eropah sebenarnya boleh menggugat kedudukan ekonomi sesebuah negara walaupun negara itu tiada kaitan dengan krisis berkenaan.
Meskipun Malaysia tiada kaitan dengan konflik di Ukraine, kedudukan Malaysia kini seperti 'sudah jatuh ditimpa tangga'. Selepas apa yang berlaku ke atas MH17 belum mencapai titik penyelesaiannya, Malaysia juga berhadapan masalah ekonomi yang disebabkan perbalahan pihak Barat dengan Russia yang berkaitan konflik di Ukraine. Malaysia kini harus bersedia berdepan kemungkinan berlakunya krisis ekonomi dan kewangan pada tahun hadapan jika kejatuhan harga minyak berterusan menggugat ekonomi dunia.
Jelas sekali dasar fiskal Malaysia amat bergantung kepada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan diperkenalkan pada April 2015 ketika sumber pendapatan negara melalui minyak berkurangan. Namun, jika harga minyak terus rendah, kuasa membeli warga Malaysia akan meningkat dan ia dilihat mampu membantu merancakkan ekonomi negara ini. Kerajaan bagaimanapun harus terus berhati- hati menguruskan ekonomi negara supaya pendapatan dan perbelanjaan diseimbangkan pada masa hadapan.

Thursday, December 18, 2014

TAKWIM PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 DI MALAYSIA

Penggal persekolahan tahun 2015 bakal bermula awal Januari 2015 nanti. Saya kongsikan takwim penggal persekolahan bagi tahun 2015 untuk tatapan bersama (download pun boleh.....).


TAKWIM CUTI UMUM TAHUN 2015 DI MALAYSIA

Tahun 2015 yang akan tiba dalam beberapa minggu lagi akan menemukan kita dengan cuti-cuti umum yang senangtiasa dinantikan oleh setiap orang. Ada sahaja aktiviti yang bakal dirancang oleh kita apabila tiba cuti-cuti umum ini nanti. Oleh itu bersama ini saya kongsikan takwim cuti umum tahun 2015 di Malaysia untuk tatapan bersama.








































Info seterusnya : Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2015

KALENDAR TAHUN 2015

Tahun 2014 bakal malabuhkan tirainya dalam masa beberapa minggu ini. Jadi saya kongsikan Kalendar 2015 untuk tatapan umum. Semoga dapat membantu kita merancang aktiviti pada tahun 2015 nanti.








































Info seterusnya : Takwim Cuti Umum Tahun 2015 Di Malaysia

Wednesday, November 26, 2014

8 JALAN UTAMA DI KUALA LUMPUR DI TUKAR NAMA BAHARU MULAI 26 NOVEMBER 2014


Mulai 26 November 2014 nama bagi 8 jalan-jalan utama di sekitar Kuala Lumpur akan ditukar nama menggunakan nama-nama Yang Di Pertuan Agong Malaysia. Keputusan menukar nama jalan-jalan di Kuala Lumpur sempena sultan-sultan dibuat atas permintaan Majlis Raja-raja, kata Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan M Loga Bala.

Loga juga menjelaskan, keputusan menukar lapan nama jalan di Kuala Lumpur itu kemudian dibuat tahun lalu oleh kementerian.

Perkara itu kemudian dibawa untuk perhatian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Kabinet memutuskan perkara itu pada 4 Jun.

Berikut adalah jalan-jalan yang terlibat :

  1. Jalan Duta ditukar kepada Jalan Tunku Abdul Halim.
     
  2. Jalan Khidmat Usaha ditukar kepada Jalan Sultan Haji Ahmad Shah.
     
  3. Jalan Ipoh (dari persimpangan Jalan Segambut hingga persimpangan Jalan Pahang) ditukar kepada Jalan Sultan Azlan Shah.
     
  4. Persiaran Duta ditukar kepada Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin.
     
  5. Jalan Khidmat Setia dan Jalan Ibadah akan ditukar menjadi Jalan Sultan Mizan Zainal Abidin.
     
  6. Lebuh raya Mahameru ditukar kepada Lebuh raya Sultan Iskandar.
     
  7. Persiaran Mahameru ditukar kepada Persiaran Tuanku Ja'afar.
     
  8. Jalan Semarak ditukar kepada Jalan Sultan Yahya Petra.

Thursday, November 6, 2014

LANGKAH-LANGKAH BOLEH DIAMBIL KETIKA BANJIR

Bermula September hingga Disember 2014 Jabatan Meteorologi Malaysia telah memaklumkan bahawa cuaca di Malaysia akan mengalami perubahan cuaca. Perubahan cuaca yang berlaku pada tahun ini boleh mengakibatkan berlakunya situasi yang mungkin kita tidak ingini. Nasihat daripada Jabatan Meteorologi ialah sentiasa berwaspada dalam keadaan cuaca ketika musim ini. Sekiranya berlaku mendung kita tidak perlu elakkan aktiviti luar kerana musim ini boleh menyebabkan berlakunya kilat yang agak kuat dan membahayakan manusia semasa aktiviti luar. 

Beberapa kejadian panahan petir telah dilaporkan akhbar ketika ini, begitu juga dengan kejadian ribut kuat dengan berlakunya puting beliung kecil di beberapa negeri. Kejadian banjir kilat juga kerap dilaporkan akhbar ketika ini.

Oleh itu setiap kita haruslah mengambil langkah berjaga-jaga ketika musim tengkujuh ini. Antara langkah-langkah yang boleh diambil ketika menghadapi banjir adalah seperti berikut :

banjir

Wednesday, November 5, 2014

KERETA TERBANG OLEH AEROMOBIL


VIENNA: AeroMobil, sebuah syarikat pemula diterajui dua usahawan Juraj Vaculik dan Stefan Klein, memperkenalkan kereta yang mampu terbang sejauh 700 kilometer dengan satu isian tangki penuh.
Mengikut usahawan berkenaan yang mempamerkan kereta terbang mereka di sini minggu ini, kenderaan berkenaan boleh dipandu di jalan biasa dan apabila mencapai jarak terbuka sejauh 200 meter, membuka sayang dan terbang.
Kenderaan dua tempat duduk itu beroperasi menggunakan minyak biasa di pasaran. Ditambah dengan keupayaannya untuk berlepas daripada kelajuan darat 130 kilometer sejam, maka ia tidak perlukan lapangan terbang.
"Mungkin ada yang fikir ia adalah mainan kanak-kanak," kata Vaculik yang juga Ketua Pegawai Eksekutif AeroMobil di Festival Pelopor, persidangan tahunan bagi syarikat pemula yang sedang berlangsung di sini.
Kereta terbang

Idea untuk menggabungkan kapal terbang dan kereta sudah tercetus sejak 1917 apabila Curtiss Autoplane memperkenalkan kenderaan mereka di suatu expo di New York. Bagaimanapun, jangkaan mengenai sebuah kereta masih diselubungi misteri hingga kini, seperti juga harapan orang ramai untuk mempunyai robot yang boleh membantu membuat semua kerja rumah.
Dalam pada itu, walaupun jika AeroMobil dapat membangunkan sebuah kereta terbang yang selamat, boleh diharap dan mampu dimiliki, memasarkannya ke pasaran juga bukan mudah.
"Pihak berkuasa setakat ini belum lagi boleh menerima kemungkinan sebuah kereta pelik seperti jentera makhluk asing dari Slovakia berlepas daripada mana-mana lebuh raya," kata Vaculik.
Pada festival itu, Aeromobil sekadar memainkan video bagaimana kenderaan itu diterbangkan di skrin besar di belakang model kereta terbang itu dipamerkan dengan sayap terbuka penuh.
Vaculik yang agak kecewa kerana tidak dapat permit untuk membuat penerbangan ujian pada festival itu, bagaimanapun yakin dapat menjual kenderaan itu di negara yang mempunyai dasar lebih terbuka seperti Australia, Brazil dan beberapa negara Asia Barat.
Untuk mendapatkan kereta terbang itu, Vaculik berkata, pembeli perlu membayar harga sebuah kereta super mewah ditokok dengan harga sebuah pesawat kecil. - Bloomberg
Sumber asal dari :Berita Harian Online

Wednesday, October 8, 2014

CARI LOKASI DENGAN GOOGLE STREET VIEW


Google Street View (GSV) merupakan satu perkembangan terkini aplikasi Google Maps yang terkenal sebagai sebuah ejen carian lokasi di seluruh dunia. GSV mula diperkenalkan di negara ini sejak setahun lalu dan kini Google Malaysia berjaya merakam 90 peratus imej-imej pemandangan di sepanjang jalan raya, lebuh raya, destinasi pelancongan dan kawasan awam di Semenanjung Malaysia.
Antara imej baharu yang telah dikemas kini menerusi GSV ialah Taman Negara, Pahang; Pulau Langkawi, Kedah; Pulau Pangkor, Perak; Pulau Pinang; Melaka dan Putrajaya.


Lokasi
Dengan hanya menarik ikon Pegman yang berwarna kuning ke peta lokasi yang dicari di laman Google Maps, anda dapat meneroka lokasi yang dipilih menerusi gambar. Uniknya mengenai GSV ialah anda boleh berjalan dan mengembara di kawasan yang dipilih dengan menekan penunjuk arah menerusi paparan 360 darjah.
Pengarah Urusan Google Malaysia, Sajith Sivanandan memberitahu, pengguna boleh menggunakan GSV dengan pantas sama ada di laman web atau menerusi aplikasi di telefon pintar.
Jelasnya, setiap gambar lokasi yang dipaparkan menerusi laman web itu tepat kerana ia diambil secara manual oleh pasukan Operasi Street View, Google Malaysia dengan memandu van dan menunggang motosikal untuk kawasan awam manakala kamera galas untuk merakam pemandangan di dalam hutan.
“Pihak kami akan sentiasa mengemas kini imej lokasi dan data GSV kerana setiap jalan dan tempat di Malaysia sentiasa berubah. Dalam tempoh setahun, kami berjaya merakam 90 peratus imej kawasan awam di Semenanjung Malaysia. Ia merupakan satu proses berterusan terutama untuk merakam imej-imej yang terkini.
“Google telah digunakan di 61 buah negara dan Malaysia salah satu daripadanya. Sehingga kini, Google mempunyai berbilion pengguna yang boleh mengakses GSV di luar negara. Bayangkan, anda dapat melihat pemandangan Taj Mahal, India dan Everest Base Camp, Nepal dengan hanya menggunakan telefon pintar. Justeru, pengguna GSV di Malaysia juga dapat berbuat demikian untuk melihat lokasi-lokasi di negara ini,” ujarnya ketika ditemui Kosmo! selepas pelancaran GSV di ibu pejabat Google Malaysia baru-baru ini.
GSV mempunyai hubung kait dengan Google Maps dan Google Earth. Menerusi GSV, pengguna tidak perlu bimbang mengenai privasi di kediaman anda kerana Google Malaysia mengaburkan wajah manusia, plat kenderaan dan alamat rumah sebagai langkah keselamatan.

Membuat aduan untuk memadamkan imej yang tidak dikehandaki oleh pengguna
Google juga menerima aduan pengguna yang tidak mahu wajah atau imej kediaman mereka dipaparkan di GSV. Langkahnya mudah, anda perlu menghantar permintaan dan aduan dengan mengklik butang Report a Problem di bawah laman web tersebut.
Sementara itu, Ketua Operasi Street View Google Malaysia, Nhazlisham Hamdan yang merakam imej lokasi-lokasi untuk GSV berkongsi cerita bahawa proses rakaman itu bermula pada bulan Ogos tahun lalu.
Jelasnya, pengangkutan dalam operasi itu terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kereta dan pasukan khas yang mengambil gambar menggunakan troli serta pengesan.
“Cuaca juga memain peranan utama sewaktu merakam imej dengan menggunakan kamera, laser dan alat sistem kedudukan global (GPS) yang dibangunkan oleh Google. Sekiranya cuaca hujan atau jerebu, kami terpaksa membatalkan proses rakaman. Mengikut prosedur, kami perlu meminta kebenaran daripada pihak-pihak yang tertentu untuk merakam imej sesetengah kawasan seperti lokasi pelancongan, taman tema dan kawasan universiti,” ujarnya yang menggalas beg kamera untuk merakam imej panorama di Taman Negara pada bulan Februari lalu.
Layari laman web www. maps.google.com.my untuk memulakan pengembaraan menerusi GSV.

GERHANA BULAN PENUH AKAN BERLAKU PADA PETANG 8.10.2014

Info yang di ambil dari Kosmo

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh pada waktu Maghrib malam ini.
Penolong Pegawai Sains di Observatori Negara Langkawi (ONL), Agensi Angkasa Negara, Karzaman Ahmad berkata, gerhana bulan penuh tersebut berlaku apabila bulan melintasi bayang-bayang bumi.
Menurutnya, gerhana pada malam ini akan bermula dengan fasa penuh umbra pada pukul 6.25 petang.
“Kemuncak fasa gerhana bulan penuh berlaku pada pukul 6.54 petang dan dijangka tamat pada 7.24 malam.
“Bulan akan mula keluar daripada bayang umbra bumi pada pukul 8.34 malam sebelum secara sepenuhnya pada pukul 9.33 malam,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Tuesday, September 30, 2014

PERATURAN CERMIN GELAP BAHARU BERKUATKUASA 1 NOVEMBER 2014

Mulai 01 November 2014 JPJ akan menguatkuasakan peraturan baharu pemasangan cermin gelap pada kenderaan di Malaysia. Walaubagaimana pun pengecualian diberikan kepada beberapa kategori penggunaan kenderaan oleh pihak yang tertentu. Kadar ketelusan cahaya ialah seperti berikut :

CERMIN HADAPAN = 70 %

CERMIN SISI PEMANDU = 50%

CERMIN SISI PENUMPANG DAN CERMIN BELAKANG = 30%




Sekiranya kadar ketelusan cahaya melebihi peratus yang diluluskan pihak berkuasa boleh mengenakan kompaun sebanyak RM300 atau denda RM1,000 atau penjara 2 minggu atau kedua-duanya sekali.


Thursday, September 11, 2014

SAIZ SKRIN iPHONE 6 DAN iPHONE 6 PLUS

Saiz skrin telefon pintar iPhone 6 dan iPhone 6 Plus keluaran Apple yang baru dilancarkan bulan ini. Penambahan saiz skrin inilah yang mendapat maklumbalas kurang memuaskan daripada peminat serta pelabur syarikat berkenaan.

Pelancaran iPhone 6 ini disifatkan sebagai perubahan dari segi rekabentuk, tetapi tidak dari segi spesifikasi seperti yang diharapkan dan ditunggu oleh peminat iPhone dan juga pelabur syarikat Apple.

Monday, August 25, 2014

HARGA DAN GAMBAR PERODUA AXIA

axia






axia


Friday, August 15, 2014

PERODUA BUKA TEMPAHAN KENDERAAN EEV MULAI 15 OGOS 2014


KUALA LUMPUR: Axia, kenderaan cekap tenaga (EEV) pertama Malaysia pada harga permulaan tentatif RM24,900 (bagi Semenanjung Malaysia) - akan dibuka untuk tempahan di semua pusat jualan Perodua mulai Jumaat, 15 Ogos, kata Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua).
Dalam satu kenyataan, Perodua berkata model terbaharu itu merupakan kereta paling cekap tenaga yang mampu bergerak sejauh 21.6 kilometer seliter, luas, dilengkapi ciri-ciri unik Malaysia dan kos pemilikan keseluruhan yang rendah.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh berkata tawaranitu merupakan pakej semua dalam satu untuk rakyat Malaysia.
"Kereta ini bukan sahaja sesuai untuk memuatkan empat beg perjalanan memandangkan ia mempunyai kapasiti but 260 liter, malah lebih fleksibel bagi memastikan keselesaan dan penggunaan maksimum," kata Aminar.
Perodua Axia
Kenderaan baharu keluaran Perodua yang didakwa Axia.
Dijadual dilancarkan tidak lama lagi, Axia ialah model ke-10 Perodua menerusi kilang pengeluaran baharu yang moden dan mesra alam.
"Kami yakin Perodua Axia kompetitif di rantau ini, yang memperjelaskan mengapa perkataan 'Asia' dijadikan namanya," katanya.
Perodua Axia didatangkan dalam empat varian - Standard E, Standard G, Special Edition dan Advance - dengan jaminan lima tahun, pertama bagi Perodua.
Yuran tempahan sebanyak RM250 dan RM300 - bergantung kepada varian.



Thursday, August 7, 2014

KESAN TERLEBIH MAKAN KACANG SOYA



Artikel ini dicopy dari : Sinar Harian Online

GOLONGAN lelaki yang makan 20 gram kacang soya setiap hari selama dua minggu mengundang risiko mengalami penurunan paras hormon testosteron. Malah mereka juga akan mengalami peningkatan paras hormon kortisol.

Kombinasi penurunan paras testosteron dan peningkatan paras kortisol ini mendedahkan seseorang kepada pembentukan pelbagai penyakit. Penemuan tersebut berdasarkan kajian saintis dari University of Connecticut yang membandingkan kesan pengambilan protein kacang soya dan protein dadih susu (whey) terhadap proses pengembalian dan tumbesaran otot.

Kajian berbentuk rawak dan plasebo terkawal bersilang (randomized, placebo-controlled crossover) yang dilaporkan dalam Journal of the American College of Nutrition (JACN) menunjukkan kesan pengambilan suplemen soya kepada testosteron, kortisol dan paras hormon seks lekatan globulin (SHBG, sex hormone-binding globulin) pada lelaki yang menjalankan senaman dan latihan berhalangan (resistance exercise). Saintis membandingkan kesan itu dengan mereka yang mengambil suplemen dadih susu.


Fenomen keperempuanan

Dalam kajian tersebut hormon 10  lelaki berusia awal 20an diarahkan hanya mengambil suplemen berdasarkan jenis yang dirancang. Subjek kajian dibahagikan tiga kumpulan iaitu mengambil protein dadih susu; mengambil protein soya; dan mengambil plasebo maltodextrin.

Setiap subjek kajian diarahkan mengambil 20 gram suplemen seperti dirancang untuk dua minggu. Mereka kemudian diarah untuk menjalankan enam set cangkungan berhalangan berat yang melebihi 80 peratus keupayaan daya angkatan mereka. Pada penghujung hari ke 14, penyelidik mengambil profil hormon daripada setiap subjek dan seterusnya menjalankan perbandingan.

Mereka mendapati setiap subjek kajian yang mengambil protein kacang soya mengalami penurunan paras testosteron dan pada masa sama mengalami peningkatan paras kortisol. Kombinasi penurunan paras testosteron dan peningkatan kortisol mendedahkan diri mereka kepada peningkatan berat badan serta meningkatkan risiko untuk mengalami pelbagai penyakit.

Fenomena ‘keperempuanan’ (feminization phenomenon) memang boleh berlaku kepada lelaki jika mereka mengalami paras testosteron rendah dan pada sama paras kortisol tinggi. Lelaki yang mengalami fenomena tersebut akan mengalami sifat fizikal orang perempuan iaitu pertumbuhan puting payu daya, pembesaran payu dara dan hot flashes.

Pada masa sama mereka juga boleh mengalami masalah kesihatan seperti tulang menjadi rapuh, fungsi tiroid terganggu, masalah tidur, fungsi seks terganggu dan masalah reproduktif.

Penemuan utama saintis tersebut ialah pengambilan suplemen protein kacang soya selama 14 hari menyebabkan paras testosteron darah berkurangan. Protein dadih susu pula mempengaruhi pengeluaran kortisol selepas seseorang menjalani senaman berhalangan dengan cara menghalang peningkatannya.

Dengan kata lain, protein kacang soya bukanlah bahan sesuai diambil oleh mereka yang melakukan latihan jenis berat bagi mengembalikan dan membesarkan otot. Protein kacang soya dikatakan memiliki kekurangan dari segi profil asid amino untuk membina otot.

Ini jelas menyebabkan seorang lelaki mengalami kekurangan kemaskulinan seperti kehilangan sifat dan imej kelelakian. Penulis pernah diberitahu seseorang mengenai kanak-kanak yang sering mengambil produk berasaskan kacang soya secara berpanjangan boleh menyebabkan mereka menjadi ‘lembut’. Maksud lembut di sini ialah kelakuan dan tindak-tanduk kanak-kanak itu lebih keperempuanan. Penulis hanya tersenyum dan menganggapnya hanya gurauan.

Namun pada masa sama penulis tahu kacang soya kaya dengan bahan kimia yang dikenali sebagai xenoestrogen. Xenoestrogen ialah bahan kimia yang boleh melekap pada reseptor estrogen dalam tubuh manusia. Struktur kimia xenoestrogen tidak serupa dengan struktur kimia estrogen. Selain kacang soya, bahan diperbuat daripada pelbagai jenis plastik dikatakan bertindak sebagai xenoestrogen.

Pada zaman moden ini boleh dikatakan setiap hari kita terdedah kepada bahan plastik terutama dalam bentuk bungkusan makanan. Air berasid dan panas, contohnya air teh limau panas dan mi sup panas yang dibungkus dengan plastik dikatakan menyebabkan bahan kimia plastik larut ke dalam air dan makanan.

Gelas yang digunakan di kebanyakan restoran juga turut menggunakan bahan plastik. Ia juga tidak ketinggalan digunakan di sesetengah rumah terutama jika penghuninya tidak ambil berat mengenai keterlarutan bahan plastik oleh air panas dan larutan berasid.


Bersifat karsinogen

Bagaimana dengan melamin yang pernah heboh digunakan sebagai bahan tambahan dalam susu tepung keluaran kilang di China suatu ketika dahulu? Melamin ialah sejenis polimer yang biasa digunakan boleh dikatakan oleh sebahagian besar restoran di negara kita.

Tomyam dihidang dalam mangkuk melamin. Nasi menggunakan pinggan melamin. Begitu juga mangkuk atau piring. Sesungguhnya melamin juga tergolong dalam kategori xenoestrogen. Air panas dan larutan berasid akan melarutkannya.

Sesungguhnya pelbagai jenis plastik yang biasa digunakan untuk membungkus makanan boleh larut dalam air akibat suhu air atau makanan yang panas. Xenoestrogen daripada bahan plastik dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan seperti ketidakseimbangan hormon, penyakit jantung, pertumbuhan otak terganggu, pembentukan organ seksual terganggu/bertukar dan pelbagai jenis kanser.  

Sesetengah plastik seperti HDPE (polyethylene ketumpatan tinggi), LDPE (polyethylene ketumpatan rendah) dan polypropylene dikatakan lebih stabil berbanding plastik lain.

Plastik tertentu dikatakan menyumbang risiko yang lebih tinggi berbanding plastik lain contohnya PVC (polyvinyl chloride), polystyrene dan polycarbonate dikenalpasti sebagai agen pengganggu hormon dan bersifat karsinogen. Polstysrene dikaitkan juga dengan kerosakan saraf dan masalah reproduktif.

Pendedahan kepada xenoestrogen seperti pengambilan kacang soya secara berlebihan dan menggunakan bekas plastik yang diisi makanan/air panas secara berpanjangan tetap mendedahkan diri seseorang kepada risiko untuk mengalami beberapa masalah kesihatan seperti disebutkan. Sesungguhnya xenoestrogen bertindak pada kedua-dua golongan lelaki dan wanita!

Thursday, June 26, 2014

JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA DAN IMSAK 2014/1435H DI MALAYSIA



Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi laman sesawang rasminya telah mengeluarkan senarai jadual waktu imsak dan buka puasa di bulan Ramadhan tahun 2014 bagi negeri-negeri seluruh Malaysia sebagai panduan mahupun rujukan kepada seluruh umat Islam ketika menjalani ibadah puasa
Jadual tersebut boleh di muat-turun (download) dengan melayari atau klik judul pautan url mengikut negeri masing-masing sepertimana yang tertera pada lampiran dibawah

Download Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2014 1435H Malaysia disini.



Puasa

Niat Puasa

Thursday, June 19, 2014

TRANSFORMERS 4 - AGE OF EXTINCTION

Transformers 4: Age of Extinction

Sinopsis Ringkas :
SUDAH empat tahun selepas kejadian ‘Transformers: Dark of the Moon’ di mana bandar Chicago hampir musnah akibat pertarungan epik antara Optimus Prime, Megatron dan Sentinel Prime.
Keadaan Bumi beransur pulih seperti sediakala. Namun manusia tidak lagi mempercayai Transformers.
Pihak tentera di bawah arahan seorang pegawai kerajaan, Harold Attinger, ditugaskan untuk memusnahkan kesemua Transformers, baik Autobots mahupun Deceptions. Ekoran itu, Autobots termasuk Optimus Prime dan Bumblebee telah mengambil langkah menyembunyikan diri.

Namun, ‘kehilangan’ mereka dari mata dunia tidak lama apabila seorang mekanik, Cade Yeager membeli sebuah trak berkarat dengan tujuan menjual bahagiannya untuk mengumpul duit bagi membayar yuran kolej anaknya, Tessa.

Apabila mereka mendapati trak tersebut sebenarnya ketua Autobot Optimus Prime, tanpa disangka mereka mengundang kehadiran kerajaan, Autobots dan Decepticons ke dalam kehidupan mereka.

Pada masa yang sama, sekumpulan saintis di bawah kelolaan seorang ahli perniagaan telah mencipta Transformers mereka sendiri tetapi robot ini telah berpaling menentang mereka.

Kini, Cade, Tessa serta teman lelakinya, Shane dan Optimus harus bergabung tenaga dengan Autobots yang tinggal dan bersemuka pihak Decepticons, tak lupa juga spesies Transformers baru bagi menyelamatkan Bumi. 

‘Transformers: Age of Extinction’ masih mengekalkan Michael Bay di kerusi pengarah dan dibintangi barisan pelakon baru termasuk Mark Wahlberg, Stanley Tucci, Nicola Peltz, Kelsey Grammer, Jack Reynor, Sophia Myles dan Li Bingbing.

Watak Transformers seperti Optimus Prime, Bumblebee, Ratchet dan Brains turut kembali. Siri terbaru dalam francais Transformers ini juga melihat penampilan Dinobots iaitu sekumpulan Transformers yang sebahagian daripada puak Autobots.

‘Transformers: Age of Extinction’ dijadualkan menemui peminat di pawagam bermula 26 Jun 2014.
Transformers 4: Age of Extinction
Dinobots

Transformers 4: Age of Extinction

Sumber : Harian Metro


Wednesday, June 18, 2014

PERODUA VIVA TURUN HARGA MULAI 17 JULAI 2014



KUALA LUMPUR: Perodua mengurangkan harga atas jalan  semua varian Viva sehingga RM5,300, berkuat kuasa 17 Julai 2014, di semua 181 premis jualannya di seluruh negara.

Dalam satu kenyataan, Perodua berkata ia juga akan memberi bonus tunai  RM800 kepada mereka yang menempah Viva mulai hari ini hingga 31 Ogos.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh berkata selain habuan itu, pelanggan juga disediakan pakej perkhidmatan percuma selama tiga tahun yang kini ditawarkan kepada semua pelanggan baharu Perodua.

"Pengurangan harga itu dibuat hasil inisiatif penjimatan kos kami yang dilaksanakan sejak 2011.

"Harga baharu ini akan membantu pengguna di seluruh negara untuk memiliki kenderaan mampu milik berkualiti tinggi, terutama menjelang Ramadan, Hari Raya Aidilfitri dan sambutan Hari Merdeka, kata Aminar Rashid.


Berikut ialah senarai harga baru untuk model Viva (di Semenanjung Malaysia);
  • Viva 660 BX (manual) – RM22,000 (harga lama RM25,000, pengurangan RM3,000)
  • Viva 850 (manual) – RM27,900 (harga lama RM33,000, pengurangan RM5,3000)
  • Viva S 1.0L (auto) – RM29,900 (harga lama RM35,200, pengurangan RM5,300)
  • Viva Elite 1.0L (manual) – RM32,900 (harga lama RM38,200, pengurangan RM5,300)
  • Viva Elite 1.0L (auto) – RM36,800 (harga lama RM41,300, pengurangan RM4,500)


Sumber:Astro Awani

Friday, May 2, 2014

GAMBAR MENARIK - The Amazing Spider-Man 2: Rise of Electro


The Amazing Spider-Man 2: Rise of Electro

Wednesday, April 16, 2014

AIRASIA SAHKAN AKAN BERPINDAH OPERASI KE KLIA2 MENJELANG 9 MEI 2014

KLIA2

AirAsia mengesahkan pihaknya akan memindahkan operasinya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) menjelang 9 Mei 2014.

Pengerusi Eksekutif AirAsia Bhd, Datuk Kamarudin Meranun berkata walaupun masih terdapat beberapa isu komersial yang tertangguh, perkara itu tidak akan membataskan operasinya di KLIA2.

Beliau berkata, AirAsia telah membuat persediaan yang perlu untuk berpindah ke KLIA2, sejajar dengan spesifikasi Kesediaan Operasi dan Pemindahan Lapangan Terbang (ORAT), seperti ujian operasi dan 'airside'.

Dengan bantuan dan sokongan daripada pihak Malaysia Airport Holding Bhd (MAHB), kami akan dapat melengkapi kehendak spesifikasi ORAT untuk memudahkan proses perpindahan kami," katanya dalam satu kenyataan seperti dipetik oleh Bernama.

Kamarudin berkata, syarikat penerbangan itu yakin perkhidmatan di lapangan terbang baharu itu dan perkhidmatan Kumpulan AirAsia yang bertaraf dunia itu akan terus meningkatkan pertumbuhan industri pelancongan negara, serta industri dan sektor berkaitan yang lain.

Awal bulan lalu, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi mengumumkan Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) akan ditutup pada 9 Mei depan bagi menjamin kelancaran pembukaan KLIA2.

Beliau berkata operasi KLIA2 akan bermula seperti dijadualkan iaitu pada 2 Mei depan yang mana membabitkan empat penerbangan pertama iaitu Cebu Pacific, Malindo Air, Tiger Airways dan TigerAir Mandala.

Bagaimanapun, AirAsia mengeluarkan satu kenyataan bahawa pihaknya enggan berpindah ke KLIA2 dari LCCT berikutan kebimbangan terhadap tahap keselamatan dan operasi penerbangan di KLIA2.

Tuesday, April 15, 2014

SAMSUNG PERKENAL TV BERTEKNOLOGI TINGGI UHD DI PASARAN MALAYSIA

Samsung Curved 65" UHD TV

Samsung Electronic Malaysia (Samsung Electronic) hari ini melancarkan televisyen Curved 65" yang menggunakan teknologi Definisi Tinggi Ultra (UHD) yang memberikan pengalaman menonton yang berbeza di pasaran negara ini.

Presidennya, Lee Dong Yong berkata, televisyen dengan kelebaran 65 inci itu turut menampilkan beberapa ciri tambahan termasuk 'Mode Soccer' bagi memberikan kepuasan kepada pengguna ketika menonton rancangan bola sepak.

"Produk ini merupakan usaha Samsung untuk memberikan para penggunanya pengalaman menonton yang baharu," kata beliau sewaktu pelancaran produk tersebut di sini.

Samsung Curve 65" UHD itu mula berada di pasaran akhir bulan ini pada harga RM21,999.
Dong Yong berkata, produk yang pertama seumpamanya di dunia itu turut didatangkan dengan paparan 'Ultra Clear Panel' dengan resolusi 3840 X 2160 yang dilengkapi dengan fungsi multi skrin.

Samsung Curved Uhd TV

Samsung Curved UHD TV



Friday, April 11, 2014

ELAK KEHABISAN MINYAK PESAWAT INI MENDARAT DI STESEN MINYAK


pesawat isi minyak

AKIBAT kehabisan minyak, seorang juruterbang mengambil keputusan untuk mendarat di jalan raya dan mengisi bahan bakar di stesen minyak di Daerah Beichuan, China.
Pesawat ringan yang dipercayai dikendalikan oleh juruterbang warga asing itu pada mulanya mendarat di jalan raya sebelum dilihat beratur bersama kenderaan lain untuk masuk ke stesen minyak.
Seorang jurucakap polis berkata, pihaknya telah mendapat laporan bahawa terdapat sebuah pesawat telah mendarat di jalan raya serta bergerak seperti kenderaan biasa.
"Agak sukar untuk mempercayai laporan itu tetapi beberapa saksi yang tampil bersama gambar membuatkan kami akhirnya mempercayai laporan berkenaan,"  kata polis terbabit.
pesawat isi minyak

Jelasnya, siasatan polis masih mengesan lokasi pesawat itu mendarat dan berlepas selepas mengisi minyak.
"Kami beranggapan pesawat itu mungkin kenderaan biasa tapi berbentuk kapal terbang, namun saksi berkata ia mempunyai keupayaan untuk terbang.
"Malah, seorang atendan stesen minyak memberitahu, juruterbang itu menceritakan dia telah menghabiskan sebanyak £200,000 untuk pesawat berkenaan," ujarnya.
Berikutan itu, pihak polis Beichuan kini sedang menjejaki juruterbang warga asing itu untuk siasatan.

Sumber : mstar online

Wednesday, April 2, 2014

AIR ASIA KEKAL OPERASI DI LCCT SELEPAS 9 MEI 2014


KUALA LUMPUR: Semua operasi AirAsia dan AirAsia X akan terus kekal di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) walaupun selepas 9 Mei 2014, kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd, Aireen Omar.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, beliau berkata, walaupun AirAsia bersedia pindah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), perpindahan itu hanya akan dilakukan selepas semua isu diatasi.

Aireen berkata demikian sebagai maklum balas kepada pengumuman Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi bahawa LCCT akan ditutup menjelang 9 Mei 2014 bagi memudahkan pembukaan klia2.

Menurutnya, keputusan kajian Ikram Premier Consultings mengenai kesediaan klia2 baru-baru ini menunjukkan wujudnya lekukan di landasan rayap/apron dan landasan yang memerlukan langkah pemulihan berkala dilakukan ke atas kawasan tertentu.
 
"Keadaan ini akan menjejas operasi penerbangan hab seperti kumpulan AirAsia yang mempunyai kira-kira 400 pergerakan pesawat sehari dan sekurang-kurangnya 70 pesawat miliknya di LCCT," katanya.

Aireen berkata, adalah penting untuk memastikan langkah pemulihan dilakukan sebelum perpindahan bagi mengurangkan risiko berkaitan insiden penerbangan.

"AirAsia juga percaya kesediaan beroperasi dan tempoh perpindahan lapangan terbang (ORAT) untuk menyokong operasi AirAsia akan memerlukan lebih daripada dua bulan seperti diberikan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Aireen berpendapat tempoh perpindahan yang ditetapkan MAHB itu tidak realistik dan terlebih optimis.

Menurutnya, ORAT untuk perpindahan dari terminal utama KLIA ke LCCT pada 2006 mengambil masa lebih daripada dua bulan ketika operasi AirAsia ketika itu jauh lebih kecil.

"Selain itu, terdapat perkara utama berkaitan komersil, operasi dan perkara terbuka dalam kontrak yang masih dibincangkan antara AirAsia dan MAHB yang perlu diselesaikan sebelum perpindahan ke klia2," katanya.

Sumber : mStar Online

Tuesday, April 1, 2014

LCCT DITUTUP PADA 9 MEI 2014, KLIA 2 DIJANGKA BEROPERASI PADA 2 MEI 2014


KLIA 2

KLIA 2


KUALA LUMPUR: Terminal Penerbangan Tambang rendah (LCCT) akan ditutup pada 9 Mei, 2014, bagi memudahkan pembukaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi. 

Beliau berkata, klia2 dijadualkan dibuka pada 2 Mei dengan empat syarikat penerbangan memulakan operasi di lapangan terbang baharu itu. 


"Syarikat penerbangan itu termasuk Cebu Pacific yang berpangkalan di Filipina, Tigerair Mandala yang berpangkalan di Indonesia, Tiger Air yang berpangkalan di Singapura dan syarikat penerbangan hibrid tempatan, Malindo Air," katanya kepada pemberita di Persidangan dan Pameran Dunia Bandar Lapangan Terbang 2014 di sini, hari ini. 

Beliau berkata syarikat penerbangan tambang rendah Cebu Pacific akan memulakan penerbangan pertama di lapangan terbang itu pada jam 12.30 malam. 

Aziz berkata pertumbuhan penumpang yang disasarkan ke Malaysia tahun ini ialah sebanyak 9.7 peratus dan beliau yakin sasaran itu dapat dicapai meskipun insiden penerbangan MH370 Malaysia Airlines. 

Acara dua hari itu merupakan platform global yang menyediakan perbincangan dan perbahasan peringkat tinggi mengenai pewujudan dan pembangunan bandar lapangan terbang serta kepimpinan, amalan terbaik dan inovasi. 

Sumber : Berita Harian




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...