Thursday, June 26, 2014

JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA DAN IMSAK 2014/1435H DI MALAYSIA



Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi laman sesawang rasminya telah mengeluarkan senarai jadual waktu imsak dan buka puasa di bulan Ramadhan tahun 2014 bagi negeri-negeri seluruh Malaysia sebagai panduan mahupun rujukan kepada seluruh umat Islam ketika menjalani ibadah puasa
Jadual tersebut boleh di muat-turun (download) dengan melayari atau klik judul pautan url mengikut negeri masing-masing sepertimana yang tertera pada lampiran dibawah

Download Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2014 1435H Malaysia disini.



Puasa

Niat Puasa

Thursday, June 19, 2014

TRANSFORMERS 4 - AGE OF EXTINCTION

Transformers 4: Age of Extinction

Sinopsis Ringkas :
SUDAH empat tahun selepas kejadian ‘Transformers: Dark of the Moon’ di mana bandar Chicago hampir musnah akibat pertarungan epik antara Optimus Prime, Megatron dan Sentinel Prime.
Keadaan Bumi beransur pulih seperti sediakala. Namun manusia tidak lagi mempercayai Transformers.
Pihak tentera di bawah arahan seorang pegawai kerajaan, Harold Attinger, ditugaskan untuk memusnahkan kesemua Transformers, baik Autobots mahupun Deceptions. Ekoran itu, Autobots termasuk Optimus Prime dan Bumblebee telah mengambil langkah menyembunyikan diri.

Namun, ‘kehilangan’ mereka dari mata dunia tidak lama apabila seorang mekanik, Cade Yeager membeli sebuah trak berkarat dengan tujuan menjual bahagiannya untuk mengumpul duit bagi membayar yuran kolej anaknya, Tessa.

Apabila mereka mendapati trak tersebut sebenarnya ketua Autobot Optimus Prime, tanpa disangka mereka mengundang kehadiran kerajaan, Autobots dan Decepticons ke dalam kehidupan mereka.

Pada masa yang sama, sekumpulan saintis di bawah kelolaan seorang ahli perniagaan telah mencipta Transformers mereka sendiri tetapi robot ini telah berpaling menentang mereka.

Kini, Cade, Tessa serta teman lelakinya, Shane dan Optimus harus bergabung tenaga dengan Autobots yang tinggal dan bersemuka pihak Decepticons, tak lupa juga spesies Transformers baru bagi menyelamatkan Bumi. 

‘Transformers: Age of Extinction’ masih mengekalkan Michael Bay di kerusi pengarah dan dibintangi barisan pelakon baru termasuk Mark Wahlberg, Stanley Tucci, Nicola Peltz, Kelsey Grammer, Jack Reynor, Sophia Myles dan Li Bingbing.

Watak Transformers seperti Optimus Prime, Bumblebee, Ratchet dan Brains turut kembali. Siri terbaru dalam francais Transformers ini juga melihat penampilan Dinobots iaitu sekumpulan Transformers yang sebahagian daripada puak Autobots.

‘Transformers: Age of Extinction’ dijadualkan menemui peminat di pawagam bermula 26 Jun 2014.
Transformers 4: Age of Extinction
Dinobots

Transformers 4: Age of Extinction

Sumber : Harian Metro


Wednesday, June 18, 2014

PERODUA VIVA TURUN HARGA MULAI 17 JULAI 2014



KUALA LUMPUR: Perodua mengurangkan harga atas jalan  semua varian Viva sehingga RM5,300, berkuat kuasa 17 Julai 2014, di semua 181 premis jualannya di seluruh negara.

Dalam satu kenyataan, Perodua berkata ia juga akan memberi bonus tunai  RM800 kepada mereka yang menempah Viva mulai hari ini hingga 31 Ogos.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh berkata selain habuan itu, pelanggan juga disediakan pakej perkhidmatan percuma selama tiga tahun yang kini ditawarkan kepada semua pelanggan baharu Perodua.

"Pengurangan harga itu dibuat hasil inisiatif penjimatan kos kami yang dilaksanakan sejak 2011.

"Harga baharu ini akan membantu pengguna di seluruh negara untuk memiliki kenderaan mampu milik berkualiti tinggi, terutama menjelang Ramadan, Hari Raya Aidilfitri dan sambutan Hari Merdeka, kata Aminar Rashid.


Berikut ialah senarai harga baru untuk model Viva (di Semenanjung Malaysia);
  • Viva 660 BX (manual) – RM22,000 (harga lama RM25,000, pengurangan RM3,000)
  • Viva 850 (manual) – RM27,900 (harga lama RM33,000, pengurangan RM5,3000)
  • Viva S 1.0L (auto) – RM29,900 (harga lama RM35,200, pengurangan RM5,300)
  • Viva Elite 1.0L (manual) – RM32,900 (harga lama RM38,200, pengurangan RM5,300)
  • Viva Elite 1.0L (auto) – RM36,800 (harga lama RM41,300, pengurangan RM4,500)


Sumber:Astro Awani

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...