Friday, January 23, 2015

TABUNG HAJI UMUM BONUS 6.25% + 2.0% UNTUK TAHUN 2014


Bonus Pendeposit Tabung Haji Tahun 2014   


6.25%

ANNUAL BONUS
+
2.0%

HAJJ BONUS*

Pengiraan Bonus Bagi Tahun 2014 adalah seperti berikut :
BONUSCALCULATION

2013 Annual Bonus (6.25%)

(Average monthly minimum TH account balance (Jan - Dec 2014)/12 bulan) x 6.25%

*Haj Bonus (2.0%)
1. For account with an average monthly minimum balance less than the current hajj fees (RM9,980) 
-> (Average Monthly Minimum Balance (Jan-Dec 2014) / 12 months) x 2.0%

2.For account with an average monthly minimum balance more than the current hajj fees (RM9,980) 
-> RM9,980 x 2.0%
Bermula Isnin, 26 January 2015, Bonus 2014 bagi semua pendeposit TH akan dikreditkan ke akaun masing-masing. Pendeposit boleh menyemak akaun  di semua Kaunter TH atau melalui ATM wakil TH iaitu, Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank Islamic. 
NOTE:
*Hajj Bonus – The Hajj Bonus is a special bonus to TH depositors who have not performed their Hajj yet and limited to the current hajj fee (RM9,980)

Sumber : Tabung Haji Web

Wednesday, January 14, 2015

JADUAL PEMBAYARAN GAJI BAGI KAKITANGAN AWAM TAHUN 2015

UNTUK RUJUKAN ANDA YANG BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN MALAYSIA SAHAJA.


Friday, January 9, 2015

MALAYSIA AKAN ALAMI FENOMENA MUSIM SEJUK AWAL TAHUN 2015


Pertembungan suhu ketara antara tanah tinggi Siberia-Mongolia dan Laut China Selatan, punca utama kepada perubahan cuaca melampau, sekali gus menyebabkan negara bakal berdepan fenomena musim sejuk pada hujung bulan Januari.

Pensyarah Kanan Geokimia Marin dan Kajian Paleo-Iklim, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Hasrizal Shaari, berkata negara dijangka berdepan dengan cuaca musim sejuk seperti yang berlaku tahun lalu akibat tekanan atmosfera di kedua-dua lokasi terbabit.
Katanya, tiupan udara bertekanan tinggi Siberia-Mongolia akan membawa cuaca sejuk ke China dan memasuki Laut China Selatan sebelum bergerak ke negara ini.

Monday, January 5, 2015

ARCA SENI DARI BESI KARAT



Kalau sudah kreatif, ada saja yang mampu diciptakan biarpun hanya menggunakan 'besi karat'. Begitulah artis James Corbett, 53, yang menghasilkan pelbagai arca berbentuk haiwan dengan mengimpal komponen daripada kereta lama.
Tidak kira apa pun bahagian kenderaan digunakan, Corbett yang berasal dari Brisbane, Australia mampu mengubahnya menjadi bentuk yang sangat realistik seperti arnab, ayam, malah cheetah.
Setiap arca mengambil sehingĂ‚­ga tiga minggu untuk disiapkan dan memerlukan penelitian terperinci subjek ditiru sebelum Corbett mula bekerja.
Hobi peliknya bermula pada 1998 selepas satu arca ciptaannya dijadikan perhiasan kedainya dan tanpa diduga menarik minat pembeli sehingga dia mula mendapat lebih ramai pelanggan.

BURUNG ‘Feeding Ibis’ ini bernilai RM27,000

LEMBU digelar ‘Fifth Cow’ bernilai RM35,000

AYAM serama dinamakan ‘Colourful Bantam’ dijual dengan harga RM25,000


Friday, December 19, 2014

PUNCA KEJATUHAN HARGA MINYAK DUNIA DISEBABKAN PERBALAHAN ANTARA AS DAN RUSSIA



Baru-baru ini Malaysia dikejutkan dengan kejatuhan harga minyak di pasaran dunia yang menyebabkan nilai mata wang ringgit juga jatuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS). Mengikut firma perunding yang berpusat di London, Spiro Sovereign Strategy, kejatuhan harga minyak ini menyebabkan pasaran saham Malaysia jatuh 12 peratus dalam tempoh tiga bulan. Ini diikuti oleh negara Asia Tenggara lain yang turut berasa tempias kejatuhan harga minyak dunia itu seperti Indonesia sebanyak 0.8 peratus dan Thailand 2.5 peratus dalam tempoh yang sama. Kejatuhan ringgit pula menjangkau 11 peratus berbanding dolar AS sejak Ogos lalu.
Ringgit kini diniagakan pada RM3.49 berbanding satu dolar AS. Kejatuhan ini diikuti dengan rupiah Indonesia, 5.3 peratus, Bath Thailand tiga peratus dan Peso Filipina dua peratus. Inilah kesan daripada kejatuhan mendadak harga minyak di pasaran antarabangsa. Nilai minyak mentah di pasaran kini ialah sebanyak AS$59 dolar setong berbanding AS$115 setong yang diniagakan pada pertengahan tahun.
Keadaan yang berlaku ke atas harga minyak ini amat memeningkan penyelidik khususnya ahli ekonomi dan politik antarabangsa. Biasanya kejatuhan harga berlaku apabila berlakunya keadaan penawaran melebihi permintaan. Jika berlaku konflik di dunia, khususnya di Asia Barat, kebiasaannya harga minyak akan meningkat seperti yang berlaku pada tahun 1970an dan ketika Perang Teluk yang lalu.
Kini harga minyak yang jatuh teruk dilihat sebagai tindakan yang disengajakan pihak tertentu untuk menjejaskan ekonomi sesebuah negara yang bergantung kepada minyak dengan cara menambahkan penjualan minyak dalam pasaran. Ramai penganalisis beranggapan bahawa krisis kejatuhan harga minyak ini adalah kesan daripada perbalahan antara Barat yang diketuai AS dengan Russia khususnya berkenaan konflik di Ukraine dan tragedi pesawat MH17 di Ukraine pada Julai lalu.
Tindakan disengajakan
Mengikut akhbar The Washington Post pada 15 Disember lalu, kejatuhan harga minyak ini sememangnya satu tindakan disengajakan bagi menggugat ekonomi Russia. Sebelum ini, negara Barat khususnya AS dan Kesatuan Eropah mengenakan sekatan ekonomi dan diplomatik ke atas Russia, namun kesannya belum dapat menggugat Russia untuk keluar daripada Ukraine. Justeru, satu tindakan drastik perlu dilakukan Barat untuk terus menekan Russia.
Barat berasakan bahawa cara terbaik menggugat ekonomi Russia adalah dengan menjatuhkan harga pasaran minyak global. Oleh itu, AS dan Arab Saudi berpakat menambahkan penawaran minyak di pasaran ketika permintaan minyak dunia adalah rendah daripada Eropah, China dan Jepun.
Harga minyak yang rendah bermakna syarikat minyak Russia mempunyai kurang dolar AS untuk ditukarkan kepada mata wang Ruble Russia. Dengan kekurangan permintaan terhadap Ruble Russia maka nilai mata wang berkenaan jatuh. Ini menyebabkan nilai Ruble Russia dilihat jatuh lebih 22 peratus berbanding dolar. Untuk menyelamatkan ekonomi Russia, bank pusat Russia telah menaikkan kadar faedah kepada 6.5 peratus.
Gugat ekonomi dunia
Tindakan Barat ini sebenarnya bukan sahaja menjejaskan Russia dan negara lain khususnya di Asia Tenggara, malah juga menjejaskan ekonomi AS dan Eropah. Namun, ia dirasakan risiko yang harus diambil bagi memastikan Presiden Russia, Vladimir Putin terus ditekan dan mendengar desakan pihak Barat khususnya dalam menyelesaikan isu pemberontakan di Ukraine.
Perbalahan antara Russia dan Ukraine juga sebelum ini dilihat menjejaskan ekonomi Russia yang terpaksa menaja puak pemberontak dalam menentang tentera kerajaan Ukraine yang mendapat bantuan Barat. Apa yang jelas, krisis politik dunia yang berlaku jauh di Eropah sebenarnya boleh menggugat kedudukan ekonomi sesebuah negara walaupun negara itu tiada kaitan dengan krisis berkenaan.
Meskipun Malaysia tiada kaitan dengan konflik di Ukraine, kedudukan Malaysia kini seperti 'sudah jatuh ditimpa tangga'. Selepas apa yang berlaku ke atas MH17 belum mencapai titik penyelesaiannya, Malaysia juga berhadapan masalah ekonomi yang disebabkan perbalahan pihak Barat dengan Russia yang berkaitan konflik di Ukraine. Malaysia kini harus bersedia berdepan kemungkinan berlakunya krisis ekonomi dan kewangan pada tahun hadapan jika kejatuhan harga minyak berterusan menggugat ekonomi dunia.
Jelas sekali dasar fiskal Malaysia amat bergantung kepada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan diperkenalkan pada April 2015 ketika sumber pendapatan negara melalui minyak berkurangan. Namun, jika harga minyak terus rendah, kuasa membeli warga Malaysia akan meningkat dan ia dilihat mampu membantu merancakkan ekonomi negara ini. Kerajaan bagaimanapun harus terus berhati- hati menguruskan ekonomi negara supaya pendapatan dan perbelanjaan diseimbangkan pada masa hadapan.

Thursday, December 18, 2014

TAKWIM PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 DI MALAYSIA

Penggal persekolahan tahun 2015 bakal bermula awal Januari 2015 nanti. Saya kongsikan takwim penggal persekolahan bagi tahun 2015 untuk tatapan bersama (download pun boleh.....).


TAKWIM CUTI UMUM TAHUN 2015 DI MALAYSIA

Tahun 2015 yang akan tiba dalam beberapa minggu lagi akan menemukan kita dengan cuti-cuti umum yang senangtiasa dinantikan oleh setiap orang. Ada sahaja aktiviti yang bakal dirancang oleh kita apabila tiba cuti-cuti umum ini nanti. Oleh itu bersama ini saya kongsikan takwim cuti umum tahun 2015 di Malaysia untuk tatapan bersama.








































Info seterusnya : Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2015

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...