Friday, October 12, 2012
SAINTIS TEMUI PLANET BERLIAN
Saintis pada Khamis (11/10/2012) melaporkan kewujudan planet berlian yang bersaiz dua kali ganda saiz Bumi, dan lapan kali jisim berlegar-legar di sekitar bintang. Planet seperti ini adalah yang pertama ditemui mengorbit bintang seperti Matahari.
Penyelidik bidang fizik dan astronomi dari Yale, Nikku Madhusudhan berkata, penemuan berkenaan bermakna bahawa planet berbatu tidak lagi boleh dianggap mempunyai elemen kimia, bahagian dalam, atmosfera atau biologi sama seperti Bumi.
Planet ini mula diperhatikan tahun lepas, tetapi penyelidik pada mulanya menganggap ia adalah serupa seperti kimia di Bumi. Ianya hanya akan dianalisis dengan lebih terperinci oleh pasukan penyelidik dari Perancis-Amerika untuk mengesahkan planet ini adalah berbeza dengan Bumi.
Planet ini dikatakan terdiri daripada karbon (sebagai grafit dan berlian), besi, silicon carbite dan mungkin silikat. Permukaan planet ini mungkin grafit dan berlian dan bukannya air dan granit.
Malah, planet ini digelar Cancri 55 e. Setahun berlangsung hanya 18 jam, berbanding kepada 365 hari setahun di Bumi. Oleh kerana ia adalah begitu dekat dengan bintang, purata suhu permukaan dianggarkan 3900 darjah Fahrenheit (2148 darjah Celsius).
Labels:
Info
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment