Wednesday, December 18, 2013

Permohonan BR1M 2014 Dibuka Dari 23 Disember Hingga 31 Januari Depan




KUALA LUMPUR: Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 akan dibuka dari Isnin ini sehingga 31 Januari depan, menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan di sini Selasa.
Menurut kenyataan itu penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.
"Bagi pemohon baharu pula boleh mendaftar secara dalam talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 secara percuma mulai tarikh tersebut," kata kenyataan itu.
Borang permohonan BR1M 2014 boleh didapati di pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau dimuat turun melalui laman web LHDN di www.hasil.gov.my.
Pembayaran akan dibuat kepada yang layak bermula Februari dan BR1M 2014 dijangka memberi manfaat kepada 5.9 juta isi rumah serta dua juta individu bujang.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian hotline 1-800-88-2716 yang dibuka mulai 23 Disember ini, dari Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 5 petang.
Ketika pembentangan Bajet 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemberian BR1M 2014 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala untuk indvidu bujang berusia 21 tahun dan ke atas dengan pendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan dinaikkan sebanyak RM50 kepada RM300.
Selain itu caruman Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 akan diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.
Warga emas berusia 60 tahun ke atas dan tinggal sebatang kara juga akan menerima kenaikan jumlah bantuan daripada RM500 kepada RM650.
Sumber : mStar Online

Monday, December 9, 2013

JADUAL GAJI KAKITANGAN KERAJAAN TAHUN 2014

As-salam.....

Untuk penjawat awam boleh merujuk kepada jadual pembayaran gaji bagi tahun 2014 untuk perancangan anda tahun hadapan



Saturday, November 23, 2013

CUTI HUJUNG MINGGU NEGERI JOHOR DITUKAR KEPADA JUMAAT DAN SABTU MULAI 2014


" MUAR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menitahkan cuti hujung minggu negeri Johor ditukar kepada Jumaat dan Sabtu.

Baginda bertitah, pertukaran itu berkuatkuasa 1 Januari tahun depan bagi memudahkan rakyat negeri ini beribadat dengan tenang. "


Pengumunan ini menjadikan tiga negeri sudah menjadikan cuti hujung minggu hari Jumaat dan Sabtu iaitu Kedah, Kelantan dan Johor. Sebenarnya negeri Johor sebelum tahun 1994 telah menguatkuasakan cuti mingguan pada hari Jumaat dan Khamis adalah hari bekerja separuh hari tetapi telah dipinda.



Sumber : Berita Harian


Friday, November 22, 2013

10 PERKARA YANG MEROSAKKAN OTAK

BEBERAPA AMALAN SEHARIAN KITA YANG BERSANGKUTAN DENGAN PERKARA YANG BOLEH MEROSAKKAN OTAK MANUSIA

























SEMOGA MENJADI PANDUAN UNTUK KITA SEMUA

Monday, November 18, 2013

PETUA MEMILIH DAN MEMBELI DAGING AYAM DI PASAR





Ketika memilih dan membeli  ayam di pasar, beberapa petua boleh anda diikuti. Antaranya ialah:

1. Warna daging segar selalunya berwarna putih kekuningan.

2. Warna lemak seharusnya putih kekuningan dan merasa di bawah kulit ayam.

3. Bau daging segar, jika anda berbau yang kurang menyenangkan, jangan memilih ayam tersebut.

4. Apabila dagingnya ditekan, daging yang segar akan kembali ke bentuk asal. Berbanding dengan daging ayam yang tidak segar, kesan jari anda akan kelihatan untuk beberapa ketika sebelum kembalik ke bentuk asal.

5. Tiada bekas lebam kecuali lebam akibat pendarahan ketika penyembelihan.

6. Bagi ayam yang siap dipotong, pastikan daging yang melekat di tulang ayam itu padat.

7. Kulit ayam perlu kelihatan cantik. Tidak kelihatan robek atau terlalu banyak kesan luka.

8. Pastikan juga kulit ayam yang anda pilih bersih dari sebarang bulu halus. Selalunya bakteria mudah terkumpul pada bahagian ini. Oleh kerana itu, adalah baik jika anda membuang kulit ayam sebelum dimasak.

9. Jangan beli ayam yang terlalu banyak patah tulang.


10. Jika daging ayam yang anda pegang berlendir dan lembut, bermakna ia tidak lagi


Sumber : ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA 

Friday, November 15, 2013

SONY TIME PROMOTION 15 - 31 DISEMBER 2013

As-salam.....

Promosi hujung tahun dari SONY telah bermula dari 15 hingga 31 Disember 2013. Pelbagai barangan SONY yang popular seperti barangan 'home entertainment', digital imaging' dan 'notebook' dijual dengan harga promosi. Untuk maklumat lanjut anda boleh berkunjung ke laman web SONY TIME PROMOTION

SONY YEAR END SALE


Kepada peminat jenama SONY boleh berkunjung ke 'roadshow' SONY seperti berikut :


Thursday, November 14, 2013

KEMPEN CPUV KEDUA MENGKAWI BLOG

As-salam...........

Entri yang lepas saya tulis tetang Kempen CPUV oleh Nuffnang yang pertama untuk mengkawi blog yang diperolehi bermula 25 Oktober 2013.

Kali ini saya kongsikan kempen yang kedua diperolehi mengkawi blog iaitu dari SONY (SONY Year End Promo 2013) yang 'on going' bermula 13 November 2013.


SONY Year End Promo 2013


Satu pengalaman lagi yang mengkawi blog dapat hasil carian 'google' berkaitan cara-cara mendapatkan Kempen CPUV Nuffnang telah diikuti dan hasilnya memang berhasil, di sini saya ingin berkongsi petua mendapat Kempen CPUV iaitu :

Apabila blog anda mendapat kempen CPUV, cuba berterima kasih kepada pihak Nuffnang dan pengiklan dengan memberi 'entri back line' berkaitan pengiklan supaya mereka merasa dihargai oleh blog anda.



Sekian dan jumpa lagi.

Tuesday, November 12, 2013

KEMPEN CPUV PERTAMA MENGKAWI BLOG

As-salam untuk semua......

Entri kali ini kalau kita 'google' sudah terlalu banyak ditulis oleh blogger yang telah mendapat kempen serupa ini, apakah tujuannya?........ Macam-macam jawapan juga alasan yang telah ditulis. Saya juga telah membaca banyak entri berkaitan Kempen CPUV Nuffnang ini. 

Kepada yang mendapat kempen ini juga tahu apa yang bakal mereka perolehi kelak, sebenarnya inilah topik utama yang sering diperbincangkan oleh setiap blogger tentang entri ini.

Tidak perlu saya huraikan dengan panjang lebar kelebihan blog yang mendapat Kempen CPUV. Untuk pengetahuan pengunjung mengkawi blog, tempoh yang saya tunggu untuk mendapat Kempen CPUV ini boleh dikira agak lambat berbanding blog-blog yang telah mendapat kempen ini. Tempoh hampir 3 tahun...... itulah tempoh singkat atau lamanya blog ini berdaftar dengan pihak Nuffnang dengan status Glitterati sepanjang masa. Terima kasih saya ucapkan kepada Nuffnang serta buat pengiklan Xaxis #0150 yang sudi memberi peluang kepada mengkawi blog.

Cuma apa yang saya ingin kongsikan di entri ini ialah pengalaman dan pengajaran mengkawi blog dalam mendapat Kempen CPUV ini.

1. Rajinlah update entri, kalau boleh setiap hari supaya 'google' boleh mengesan kehadiran blog.

2. Rajinlah update Nuffnang, kalau boleh setiap minggu supaya pihak Nuffnang dan pengiklan boleh mengesan entri blog anda yang mereka berkenan.

Apabila 2 perkara ini boleh kita penuhi, maka bolehlah kita fikirkan cara untuk menarik pengunjung ke blog anda yakni menaikkan trafik blog. Akhir sekali bersabar sekiranya apa yang anda idamkan dari Nuffnang belum tertunai. Sampai masa akan tertunailah juga dengan pengalaman mengkawi blog ini.

Maka inilah yang kita dapat .........Insya Allah.


Kempen CPUV Nuffnang


Tuesday, October 8, 2013

MICROSOFT PULA AKAN KITAR SEMULA AKAUN EMAIL YANG TIDAK AKTIF



Sebelum ini Yahoo! telah mengumumkan akan memadam akaun Yahoo! ID yang tidak aktif lebih dari 12 bulan bermula 15 Julai 2013 sekaligus akan membolehkan pengguna lain mendapatkan ID yang tidak aktif itu diguna semula. 




Yang terbaru pihak Microsoft pula akan melakukan perkara yang sama kepada pengguna akaun Microsoft yang tidak aktif . Daripada sumber yang diketahui, Microsoft mensyaratkan penggunanya mengakses akuan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 270 hari, sekiranya tiada akses oleh pengguna Microsoft akan menghentikan akses tersebut. Seterusnya selepas 360 hari akaun tersebut dipadam, akaun tersebut boleh ditawarkan kepada pihak yang lain.

Apa yang menjadi persoalannya di sini ialah isu privasi bagi alamat email pengguna yang lama kerana dikhuatiri email yang dihantar kepada pengguna lama boleh diterima oleh pengguna email yang baru.

Walaubagaimanapun bagi pengguna akaun Google, akaun penggunanya masih tidak boleh digunakan semula walaupun ianya dipadam oleh penggunanya sendiri.




Wednesday, September 18, 2013

GAMBAR MENARIK : TEAMWORK






APA YANG PENTING.........KERJASAMA

Thursday, September 5, 2013

SAMSUNG GALAXY NOTE 3 DAN SAMSUNG GALAXY GEAR DIPERKENALKAN


Samsung Note 3 Dan Galaxy Gear
Presiden dan Ketua Eksekutif JK Shin memperkenalkan produk baru Samsung

BERLIN: Samsung Electronics Co., Ltd (Samsung) memperkenalkan jam pintar, Galaxy Gear selain Galaxy Note 3 dan Galaxy Note 10.1 versi baru di sini, hari ini.
Note 3 kini mempunyai skrin lebih besar bersaiz 5.7 inci tetapi ia masih lebih nipis (8.3 mm) dan ringan (168 g) berbanding model sebelum ini.
Samsung juga memperkasakan penggunaan S Pen bagi Note 3 yang kini mempunyai lebih banyak fungsi.

Sementara itu, jam pintar Samsung baru, Galaxy Gear direka untuk diguna bersama telefon pintar.
Pesanan dan notifikasi dapat dipaparkan pada skrin jam yang bersaiz 1.63 inci.
Selain itu, kamera 1.9 megapiksel pada tali jam boleh diguna untuk merakam gambar yang boleh dialihkan kepada telefon pintar.

Pengguna juga boleh menggunakan Gear untuk membuat panggilan atau merakam pesanan suara.

Samsung juga mempertingkatkan Galaxy Note 10.1 dengan skrin WQXGA super clear LCD dengan resolusi 2560x1600 dan serta S Pen baru.

Galaxy Note 3 dan Galaxy Gear akan dilancar di 149 negara pada 25 September nanti manakala tarikh bagi Note 10.1 belum ditetapkan.

Sumber : MyMetro

Friday, August 30, 2013

KHASIAT MADU KELULUT


Khasiat Madu Kelulut

Kelulut merupakan antara spesies lebah yang tidak menyengat, menjadikan serangga tersebut mudah dikendalikan berbanding lebah madu biasa. Lebah kelulut merupakan agen penting untuk proses pendebungaan di kawasan tropika, sub-tropika dan di bahagian-bahagian tertentu dunia.

Menurut kajian yang dijalankan di seluruh dunia, terdapat hampir 150 spesies lebah kelulut antaranya Trigona scaptotrigona, Trigona laeviceps, Trigona apicalis, Trigona thorasica, Trigona itama dan pelbagai lagi.

Antara negara yang dikenal pasti mempunyai lebah kelulut adalah Indonesia (37 spesies), Thailand (20 spesis), Myanmar (9 spesies), Vietnam (8 spesies), India (3 spesies), Taiwan (1 spesies) dan di Malaysia.

Lebah kelulut memiliki koloni yang besar dengan organisasi sosial yang sangat kompleks berbanding dengan lebah madu. Senibina sarang lebah kelulut juga berbeza-beza mengikut spesies tertentu di mana ada sesetengahnya suka bersarang di dalam tanah, di dalam kayu sehinggalah di celah-celah belahan batu.

Khasiat Madu Kelulut
Sarang Kelulut Asli
Khasiat Madu Kelulut
Sarang Ternakan Kelulut

Sikap tersebut menunjukkan bahawa lebah kelulut memiliki perilaku yang kompleks menjadikan serangga tersebut sukar untuk diternak. Malah, artikel ilmiah mahupun kajian mengenai lebah kelulut jarang ditemui kerana masih ramai yang tidak berminat untuk mengkajinya. Kajian MARDI juga menunjukkan madu lebah kelulut mengandungi pelbagai jenis asid fenolik yang berguna untuk manusia.

Khasiat Madu Kelulut
KELULUT menghasilkan tiga jenis madu iaitu madu (kiri), propolis dan pollen
Asid p-coumaric sebagai contoh mengandungi bahan antioksidan yang tertinggi dan dipercayai mampu mengurangkan risiko kanser perut dengan mengurangkan pembentukan bahan nitrosamin (karsinogen) diikuti asid protokatechuik dan asid vanilik.

Manakala asid fenilpropionik, sejenis bahan utama madu kelulut juga dikatakan mampu mengurangkan enzim cyclooxygenase-2 (COX-2) yang menyebabkan pembentukan radang semasa perkembangan kanser usus besar. Bahan tersebut juga berkesan dalam menurunkan tahap kolestrol dalam plasma darah, hati juga mengurangkan trigliserida dalam darah.


Info : Utusan Online

Saturday, August 3, 2013

JADUAL DAN TIPS PERJALANAN LEBUHRAYA PLUS (TTA) SEMPENA CUTI AIDILFITRI 2013


Jadual PLUS Aidilfitri 2013



















CUTI HARI RAYA AIDILFITRI: PLUS GESA ORANG RAMAI PATUHI JADUAL PERJALANAN TTA
Orang ramai digesa supaya merancang perjalanan balik kampung mereka menjelang cuti Hari Raya Aidilfitri yang akan datang berdasarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan oleh PLUS.
Menurut Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Dato’ Noorizah Hj Abd Hamid, “TTA memainkan peranan yang amat penting dalam membantu orang ramai merancang perjalanan mereka. Ini memandangkan sebanyak 1.4 juta kenderaan dijangka akan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan setiap hari pada cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang. Jumlah ini merupakan peningkatan sebanyak 30 peratus berbanding 1.1 juta kenderaan sehari yang dicatatkan pada hari-hari biasa.”
Jadual TTA terdiri daripada cadangan perjalanan berperingkat mengikut masa dan destinasi tertentu dari Lembah Klang ke negeri-negeri dan bandar-bandar utama di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Ia bertujuan untuk mengagihkan trafik dan mengurangkan kesesakan di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza-plaza tol dan kawasan rehat pada waktu-waktu puncak.
“Jadual TTA kali ini memberi fokus kepada perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan di antara 2 hingga 7 Ogos (bagi perjalanan balik kampung) serta di antara 10 hingga 18 Ogos (bagi perjalanan balik ke Lembah Klang). Bagi orang ramai yang menuju ke destinasi-destinasi yang lebih jauh mereka disarankan untuk keluar lebih awal manakala yang hampir dengan Lembah Klang, mereka disarankan supaya memasuki lebuh raya lebih lewat,” tambah Noorizah.
Jadual TTA kali ini turut merangkumi perjalanan orang ramai pada cuti Hari Kemerdekaan iaitu di antara 30 Ogos hingga 1 September.
Noorizah ditemui pada majlis taklimat kepada wakil media berhubung TTA dan persediaan PLUS dalam menghadapi peningkatan trafik yang diadakan di Persada PLUS pada 2 Ogos.
“Kadar pematuhan yang tinggi terhadap jadual TTA oleh orang ramai pada musim-musim perayaan yang lalu membuktikan keberkesanan TTA di mana ia berjaya mengurangkan kesesakan di Lebuhraya Utara-Selatan dan menjadikan perjalanan mereka lebih lancar, selamat dan selesa. Oleh itu, kami berharap orang ramai akan terus memberikan kerjasama dengan mematuhi jadual yang dikeluarkan ketika pulang ke kampung dan kembali semula ke Lembah Klang, kerana keberkesanan TTA bergantung kepada orang ramai,“ kata beliau.

Sumber
http://www.plus.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=244%3Aaidilfitri-holidays-plus-urges-public-to-follow-its-travel-time-advisory-for-smoother-travel-&catid=1%3Apress-releases&Itemid=173&lang=en

Friday, August 2, 2013

LAMBORGHINI FERRUCCIO

Syarikat pembuatan kereta terkenal Lamborghini akan menyambut ulang tahun Jubli Emas pada Oktober 2013 nanti. Dikhabarkan akan melancarkan kereta konsep hasil rekaan seorang pelajar reka bentuk pengangkutan dari Universiti Staffordshire, Mark Hostler. Lamborghini Ferruccio akan menjadi cabaran kepada pesaingnya iaitu Ferrari. Lamborghini Ferruccio direka bentuk dengan konsep jet pejuang dan akan dilengkapi enjin 'V12 5.0 liter turbocharger and direct injection system'.

Galeri Lamborghini Ferruccio konsep untuk tatapan umum.













Wednesday, July 17, 2013

GAMBAR MENARIK : 3 ATAU 4


3 

A T A U
4


MORALNYA ?........


Friday, July 12, 2013

SENARAI SETIAUSAHA POLITIK BAGI MENTERI KABINET 2013



Kuala Lumpur (12 Julai 2013): Seramai 21 Setiausaha Politik mengangkat sumpah menyimpan rahsia di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pejabat Perdana Menteri di Bangunan Parlimen di sini, semalam. 

Majlis turut disaksikan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa. 
Upacara angkat sumpah diketuai Datuk Jailani Ngah, diikuti Wong Nai Chee dan Datuk Muhammad Khairun Aseh sebagai Setiausaha Politik Perdana Menteri. 

Datuk Mohd Nardin Awan dan Datuk Tahir Mohd Taat pula mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Setiausaha Politik lain yang mengangkat sumpah ialah: 

  • Datuk Dr Marzuki Mohamad (Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin) 
  • Datuk Mohamed Ismail Mohamed Othman (Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz) 
  • Datuk Markiman Kobiran (Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein) 
  • Razak Sakaran Dandai (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal)
  • Datuk Daniel Kinsik (Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili) 
  • Dr Richard Rapu @ Aman anak Begri (Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Douglas Uggah Embas) 
  • Datuk Abdul Halim Mohammad (Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) 
  • Mohd Ali Mansor (Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek) 
  • M Vellaiyan (Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S Subramaniam) 
  • Azizul Kama Abdul Aziz (Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah) 
  • Basorri Abu Hassan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom) 
  • Fazzrudin Abdul Rahman (Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof) 
  • Mejar (B) Peter anak Runin (Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot) 
  • Abd Halim Jusoh (Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh) 
  • Kibin Samad (Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan) 
  • Japirin Sahadi (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Ewon Ebin).


SUMBER : BERNAMA/BERITA HARIAN

Thursday, July 4, 2013

CEK KEDUA DARIPADA NUFFNANG.......TERIMA KASIH

As-salam....

Alhamdulillah......rezeki bulan Julai daripada Nuffnang. Semalam masa saya menjenguk e-mail, kat dalam inbox ada 'payment advice message' dari HSBC memberitahu bayaran akan dikeluarkan. Bayaran yang dimaksudkan tentulah hasil daripada pihak pengiklanan Nuffnang. Hasil 'cash-out' yang saya buat hujung bulan Mei hari tu. Tapi untuk bayaran kali ni, saya tengok kat status nuffnang saya masih 'unpaid' cuma kali ni HSBC yang telah maklumkan kepada saya melalui e-mail semalam. Apa cara pun tak kisah la ..... janji dapat payment dan terima kasih kepada Nuffnang. Masa bayaran pertama dulu, saya kena menunggu dalam 60 hari juga, tapi untuk kali kedua ni rasanya cepat sikit......30 hari dah dapat. Jumlah yang saya cash-out pun tak la banyak, tapi boleh la membantu bayar bil broadband.

HSBC payment advice


cek kedua nuffnang

cek kedua nuffnang

Untuk yang nak mencuba boleh la joint Nuffnang dulu dan ikut la arahan dan tips untuk mendapat cash-out anda. 

Wednesday, July 3, 2013

CUTI UMUM PERSEKUTUAN DAN CUTI UMUM NEGERI TAHUN 2014 DI MALAYSIA

SALAM UNTUK ANDA......

ENTRI KALI INI ADALAH ENTRI SAMBUNGAN DARIPADA ENTRI INI
(NAK TAHU SILA KLIK).

JADUAL DI BAWAH ADALAH SENARAI CUTI UMUM BAGI PERSEKUTUAN DAN CUTI UMUM BAGI SETIAP NEGERI DI MALAYSIA SEPANJANG TAHUN 2014 YANG AKAN DATANG.

SEMOGA BOLEH MENJADI RUJUKAN KEPADA ANDA SEMUA.



SENARAI CUTI UMUM PERSEKUTUAN DAN CUTI UMUM NEGERI 
DI MALAYSIA TAHUN 2014

cuti umum 2014

Tuesday, June 25, 2013

GAMBAR MENARIK : DI MANAKAH IANYA BERMULA?

SEKADAR UJIAN MATA DAN MINDA ANDA ................

DI MANAKAH IANYA BERMULA?..............

di manakah bermula?


Thursday, June 6, 2013

PROJEK KERETA API TERAPUNG DI JEPUN



TOKYO - Jepun memperkenalkan kereta api terapung, Maglev buatan tempatan yang mampu mencapai kelajuan sehingga 500 kilometer sejam, semalam. Maglev menggunakan sistem magnetik, turut dilengkapi dengan teknologi paling canggih pada masa ini bagi mencapai kelajuan yang tidak dapat melangkaui batas minda. Kereta api terapung keluaran Syarikat Central Japan Railway Co. (JR Tokai), digerakkan sepenuhnya oleh kuasa magnet dan menjalani ujian awal baru-baru ini. Jurucakap pasukan operasi berkata, Maglev  bakal digunakan di seluruh Jepun  bermula 2045 selain sedang berusaha memperbaiki landasan dari Tokyo ke Osaka. "Kereta api terapung" ini tidak menggunakan roda serta mampu bergerak dengan lebih laju serta senyap, katanya yang dipetik dari MailOnline.Perjalanan rasmi Maglev dijadualkan pada September depan dan bakal beroperasi sepenuhnya di antara Tokyo dan Nagoya pada pertengahan 2027 depan. 

Sumber : Sinar Harian Online

KHASIAT BUAH MENGKUDU


buah mengkudu


Buah mengkudu atau nama saintifiknya Morinda Citrifolia memang baik untuk meningkatkan tahap kesuburan lelaki. Namun begitu, hasil penyelidikan yang dilakukan oleh pihak MARDI mendapati buah mengkudu lebih baik untuk dijadikan sebagai bahan perubatan herba. Terutamanya bagi kaum lelaki. Ia dikatakan baik untuk kesuburan sperma, merawat kencing manis, darah tinggi serta buang angin dan cacing dalam perut.

• Menstabilkan tekanan darah dan aras kolestrol 

Kencing manis, sakit kepala, ginjal, buah pinggang, pundi kencing, pundi hempedu dan tiroid 

• Mencegah pertumbuhan sel kanser dan tumor 

Resdung, asthma, bronkitis, hingus meleleh, batuk, sakit tekak, batuk kering, kolera dan bayi yang demam selsema 

• Gangguan penghadaman – perut kembung, ulcer, gastrik, cirit-birit, muntah-muntah, tidak hadam, buasir, keracunan makanan 

• Radang tekak, sakit gusi dan sakit gigi 

• Terseliuh dan gout 

Bisul, luka, kurap, radang, ulser kulit 

Senggugut, gangguan haid 

• Gatal celah kelangkang, pelipatan, kulat air dan penyakit kulit 

Awet muda 

• Menghilangkan ketagihan dadah dan rokok 

• Membantu sistem kesuburan lelaki dan wanita 

• Meningkatkan tenaga tubuh badan 

• Mengurangkan stress (tekanan) 

Anti-oxidant 


Langkah yang perlu anda lakukan bagi memanfaatkan khasiat buah mengkudu:

1. Ambil beberapa buah mengkudu yang sudah masak ranum.

2. Kemudian, bersihkan dahulu kesemua buah mengkudu tersebut.

3. Kisar buah mengkudu itu dengan sedikit air masak.

4. Tapiskan mengkudu yang telah dikisar. Sebab anda cuma perlukan jus atau airnya sahaja.

5. Campurkan jus mengkudu dengan bahan perasa lain seperti madu. Sebab, rasanya agak masam dan pedas kalau diminum begitu sahaja.

6. Minumlah jus tersebut secara perlahan-lahan. Anda boleh meminumnya sekali dalam sehari. Amalkan petua ini berterusan.
 



Terima kasih untuk sumber dari Ensaiklopedia Petua Melayu Lama

KREATIF : 'LIGHT BULB MAN'



Tuesday, June 4, 2013

GAMBAR MENARIK : SURVIVAL ALAM



Thursday, May 23, 2013

TIPS DAN AMALAN KETIKA MUSIM PANAS

Tips dan amalan ketika musim panas

Info yang saya nak kongsikan kali ini ialah berkenaan tips dan amalan seharian ketika musim panas. Ini adalah berkaitan dengan keadaan cuaca yang berlaku di Lembah Klang sejak bulan April 2013 ini yang boleh di kira tidak menentu juga, cuaca panas yang kadang-kadang ada sedikit hujan. Rata-rata penduduk sekitar Lembah Klang ketika ini akan mengalami keadaan cuaca panas pada siang dan juga malam hari. 

Apa yang nak dikongsikan ialah cuaca panas yang terjadi di Lembah Klang sepertimana yang dilaporkan oleh media-media sediada yang mana suhu panas di Lembah Klang dengan purata  35 darjah Celcius. Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan, cuaca panas dan kering ini dikaitkan dengan perubahan pola angin dan kesan ribut Mahesan di Teluk Bengal. 

Kesan daripada cuaca panas ini harus di ambil berat kerana sekiranya di ambil lewa mungkin akan memudaratkan kesihatan kita. Berikut tips dan amalan seharian ketika musim panas yang boleh membantu kita mengurangkan risiko ketika musim panas ini.

Tips dan amalan yang PERLU kita lakukan seharian ialah :

1. Banyak minum tanpa mengira tahap aktiviti kita dan jangan tunggu hingga tekak merasa dahaga.

2. Minum minuman isotinik kerana minuman ini boleh mengantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.

3. Sentiasa berada di dalam rumah atau bangunan.

4. Hadkan aktiviti luar anda.

5. Berehat dengan lebih kerap.

6. Mandi atau buka kipas angin untuk menyejukkan badan.

7. Pakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar.

8. Sewajarnya pakai pakaian yang dibuat daripada 100% cotton.

9. Pakai topi atau payung untuk mengelak daripada pancaran haba terus ke badan kita.


Perkara yang JANGAN kita lakukan seharian ialah :

1. Jangan minum minuman yang berkafein, alkohol atau yang mengandungi kandungan gula yang tinggi.

2. Jangan duduk di dalam kenderaan yang bertutup tanpa pendingin udara.

3. Jangan bersenam dalam cuaca panas.


Simptom-simptom strok haba :

- Muka kemerahan.
- Tidak berpeluh.
- Suhu badan meningkat ketara.
- Sawan.
- Sakit kepala.
- Denyutan nadi pantas.
- Tidak sedarkan diri.
- Lesu.
- Bingung.
- Kulit kering


Info ini adalah merujuk kepada artikel ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...