Thursday, November 22, 2012

Petua Untuk Menghilang, Melega atau Menyembuhkan Selsema





Pilihan 1: 

Calit sedikit kapur sirih dan 2 titik minyak kayu putih pada sehiris limau nipis. Panggang di atas api hingga panas dan kemudian perah airnya. Minum air perahan ini sekali sehari.

Pilihan 2: 












Hidu bau halia hidup yang telah dibersihkan.


Pilihan 3: 


Ambil secawan air didihan beras. Minum ketika suam. Amalkan selalu.



Pilihan 4: 

Jika selesema akibat cuaca hujan atau panas terik, basahkan ubun-ubun kepala. Ulang beberapa kali.



Pilihan 5: 














Ambil jintan hitam(habbatus sauda) secukupnya dan giling sampai halus. Selepas itu, masukkan ke dalam minyak zaitun dan adun perlahan-lahan. Seterusnya, perahkan dan ambil hasil perahan tersebut dan titiskan pada lubang hidung.



Pilihan 6: 















Ambil beberapa batang sirih dan lap agar ia bersih. Hancurkan batang sirih tadi sehingga ia mengeluarkan lendir. Sapukanlah lendir pada hidung anda. Petua ini baik untuk melegakan selsema dan hidung tersumbat.



Pilihan 7:

Mandi dengan air suam pada waktu petang. Di samping itu, minum air halia seminggu sekali. Cuci hidung setiap kali anda mandi.

2 comments:

  1. boleh juga guna ibu kunyit yang digiling dan sapu pada bahagian atas batang hidong...slmt mencuba...sgt sesuai untuk dijadikan penawar pd bayi dan kanak2

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...