Monday, November 19, 2012

HTC PASARKAN WINDOWS PHONE

HTC Corp (www.htc.com), memperkenalkan Windows Phone 8X dan 8S HTC, telefon bimbit yang beroperasi di atas platform Windows Phone 8 dengan reka bentuk ikonik, sistem bunyi berkualiti studio dengan Beats Audio dan keupayaan kamera yang memberangsangkan.

Presiden Asia Selatannya, Lennard Hoornik berkata, Windows Phone dengan jelas menunjukkan sebagai ekosistem mudah alih terbaik dan kompetitif jika dibandingkan dengan platform telefon pintar lain di dunia ini.

“Kami yakin kedua-dua model baru ini akan membantu pengguna untuk mengecapi keseluruhan potensinya serta manfaat gaya hidup yang ditawarkan oleh telefon pintar ini.
“Microsoft sudah memperlihatkan beberapa fungsi baru yang akan dibawakan pada Windows Phone 8 termasuk merakam paparan skrin, sokongan ‘jubin’ yang boleh diubah saiz dan banyak lagi yang memberi manfaat kepada pengguna sesuai dengan gaya hidup masa kini,” katanya pada majlis pelancarannya di Singapura baru-baru ini.

Windows Phone 8X HTC dijangka memasuki pasaran pada pertengahan November ini dan Windows Phone 8S HTC pula pada awal Disember depan dengan masing-masing pada harga cadangan RM1,799 dan RM999.

HTC Windows Phone 8X dan 8S

Sumber dari :Harian Metro

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...