Kali terakhir kumpulan ikan lumba-lumba ini berada di perairan Pulau Pinang adalah 20 tahun yang lepas. Fenomena kehadiran kumpulan ikan lumba-lumba ini difahamkan atas faktor perairan sekitar jambatan kedua Pulau Pinang ini telah bersih.
Sekembalinya kumpulan ikan lumba-lumba ini menjadikan kawasan perairan sekitar pulau ini sebagai habitatnya sudah tentu akan menjadi satu lagi daya tarikan kepada Pulau Pinang. Kumpulan ikan lumba-lumba ini boleh kita lihat semasa menggunakan jambatan Pulau Pinang nanti.
Gambar serta video yang telah diambil oleh individu bagi membuktikan kewujudan kumpulan ikan lumba-lumba di sekitar jambatan kedua Pulau Pinang.
No comments:
Post a Comment