Thursday, May 9, 2013

TASIK PINK YANG MENARIK DI SELURUH DUNIA


"Tasik Pink"?
Dipercayai terdapat 8 ‘tasik pink’ di dunia antaranta Tasik Retba di Senegal, Hutt Lagoon  di Australia, Tasik Pink di Australia, Tasik Hillier  di Australia,  Tasik Salina de Torrevieja di Sepanyol, Tasik Dusty Rose di Kanada, Masazirgol atau Tasik Masazir  di Azerbaijan dan  Tasik Quairading Pink di Australia. Berikut adalah gambar tasik-tasik berkenaan.




1) Pink Lake Retba, Dakar, Senegal

Retba Lake
Pink Lake Retba, Dakar, Senegal

Retba Lake
Lake Retba

Saiz: (3 Km persegi). "Lake Retba"  atau "Lac Rose" (bermaksud tasik merah jambu) adalah tasik garam dengan 40% kandungan garam seperti Laut Mati di Jordan menjadikannya mudah untuk seseorang terapung. Kandungan garam yang tinggi telah membantu aktiviti penduduk tempatan mengeluarkan hasil garam yang menjadi produk makanan dan kosmetik. Untuk melindungi kulit mereka semasa bearada dalam tasik ini orang Senegal menyapu mentega asli pada badan mereka. Rali Dakar berakhir di sini.


2) Pink Hutt Lagoon, Australia
Pink Hutt Lagoon
Pink Hutt Lagoon, Australia
Saiz: (14km x 2.3 km). "Hutt Lagoon" adalah tasik garam yang terletak berhampiran Hutt River dari pantai barat di Australia. Air berwarna merah jambu adalah kerana alga yang berkembang di dalam air masin. Hutt Lagoon mendapat kemasinan kerana air laut berdekatan yang menolak air apabila air pasang tinggi dan resapan bawah tanah.

3) Pink Lake, Australia (Goldfields-Esperance)
Pink Lake
Pink Lake, Australia
Saiz: (4km x 2km). Tasik yang tidak berwarna pink sepanjang tahun tetapi dipanggil "Lake Pink" juga oleh penduduk tempatan sama seperti Pantai Merah di China. Apabila air tasik naik dalam kemasinan dan jumlah yang betul di bawah sinaran matahari, alga hijau bertukar menjadi campuran merah jambu dan merah.

4) Pink “Lake Hillier”, Australia
Pink Lake Hillier
Pink Lake Hillier, Australia
Saiz: (600 meter x 250 meter). Lake Hillier terletak di Recherche Archipelago, Australia. Tidak seperti Tasik Retba yang berubah warna bergantung kepada jumlah cahaya matahari, Lake Hillier adalah tasik merah jambu kekal. Keluasannya juga agak kecil. Seperti tasik lain, ia juga mempunyai kepekatan garam yang tinggi.

5) Pink Lake of Salina de Torrevieja, Spain
Pink Lake of Salina de Torrevieja
Pink Lake of Salina de Torrevieja, Spain
"Salina de Torrevieja" adalah tasik merah jambu yang terletak di bandar Torrevieja menghadap ke laut. Tidak seperti Tasik Retba, Salina de Torrevieja dan Tasik La Salina de La Mata mempunyai kepekatan garam yang lebih rendah, tahap kepekatan garam yang boleh menjaga kebersihan udara menjadikannya salah satu tempat yang sihat di dunia.

6) Dusty Rose Lake, Canada
Dusty Rose Lake
Dusty Rose Lake, Canada
"Dusty Rose Lake" adalah satu-satunya tasik merah jambu yang tidak masin dan tidak mempunyai sebarang pembentukan alga, namun menjadi merah jambu sepanjang tahun. Walaupun tidak ada keterangan yang jelas untuk warna, kepercayaan umum adalah bahawa air glasier bawah tanah melalui batu mengumpul mineral dan sedimen yang memberikan warna merah jambu itu.

7) Pink Masazir Lake or Masazirgol, Azerbaijan
Pink Masazir Lake
Pink Masazir Lake, Azerbaijan
Saiz: (10km persegi). Berbanding dengan semua yang lain tasik Masazirgol atau Masazir Lake adalah yang paling dikomersilkan. Banyak kilang-kilang di bina di pesisir pantai, tasik ini menghasilkan lebih daripada satu juta tan garam setiap tahun.

8) Pink Lake of Quairading, Australia
Pink Lake of Quairading
Pink Lake of Quairading, Australia

Terletak di bandar kecil Quairading, tasik kecil berwarna merah jambu sepanjang tahun ini dengan beberapa bahagian bertukar gelap kepada warna maroon. Kepekatan garam adalah lebih rendah dan saiz yang lebih kecil. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...