Volkswagen Polo Sedan Dilancarkan Pada Tag Harga RM99,888.00
Dibina dengan kualiti Jerman, buatan di India, akhirnya Volkswagen Malaysia telah melancarkan Polo Sedan untuk pasaran Malaysia di Westin, Langkawi.
Menurut laman rasmi Volkswagen Malaysia, Polo Sedan didatangkan dengan enjin 1.6 Liter petrol MPI. Ianya mampu memberi 105 PS, satu kuasa yang mampu memberi kelajuan tertinggi sehingga 183 Km/h. Beranding dengan transmisi DSG yang didatangkan untuk Polo Hatchback, Polo Sedan pula dilengkapi dengan transmisi Tiptronic 6-Kelajuan.
Dan seperti biasa, setiap model keluaran Volkswagen didatangkan dengan jaminan 5 tahun tanpa mengambil kira penggunaan mileage.
Menariknya, harga yang ditawarkan ialah RM99,888.00 tidak termasuk insuran.
Nice........
ReplyDelete