Thursday, April 19, 2012

Keretapi Laju KL - Singapura

Keretapi Laju KL - Singapura Dalam Kajian

Kredit : Harian Metro

GAMBAR HIASAN...rel laju KL-Singapura dijangka beri kesan ekonomi besar kepada ibu kota.
GAMBAR HIASAN...rel laju KL-Singapura dijangka beri kesan ekonomi besar kepada ibu kota.

SURUHANJAYA Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menyelesaikan kajian berdaya maju fasa 1A membabitkan rancangan menghubungkan Kuala Lumpur dengan Singapura menerusi sistem kereta api berkelajuan tinggi (HSR) dan akan memulakan kajian bagi fasa 1B, tidak lama lagi.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal berkata, kajian bagi fasa 1B membabitkan impak ekonomi jika HSR diwujudkan, manakala fasa 1B pula akan menumpukan kajian jajaran laluan dan lokasi.

“Apabila kajian fasa 1B ini selesai, kami akan memulakan pula kajian berdaya maju membabitkan soal kos pembinaan. Jika dilaksanakan, HSR tidak akan menggunakan rel sedia ada, sebaliknya laluan baru.
“Bagaimanapun, keputusan sama ada projek ini akan dilaksanakan atau tidak, bergantung kepada kerajaan. Mandat kami ialah untuk mencadangkan cara terbaik untuk melaksanakannya jika kerajaan meluluskan projek ini. Ia akan dilakukan secara telus di mana akan ada proses penawaran tender,” katanya pada sesi taklimat media mengenai perancangan dan projek utama SPAD di Kuala Lumpur, semalam.

Jaringan sistem HSR dikenal pasti sebagai projek berimpak tinggi dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang mampu menjana ekonomi negara kepada RM6 bilion menjelang 2020.

Projek itu mampu menambah jumlah pelancong dari Singapura antara 1.8 juta hingga 3.4 juta yang berpotensi membelanjakan antara RM2.2 bilion hingga RM4.2 bilion setahun, pengalihan pelbagai industri ke Greater KL berikutan kelebihan kos berbanding Singapura, peningkatan produktiviti berikutan penjimatan masa empat jam pergi dan balik serta meningkatkan nilai hartanah di ibu negara.

Mengulas lanjut, Mohd Nur Ismal berkata, pihaknya akan turut melakukan kajian berdaya maju bagi kemungkinan memperkenalkan sistem pengangkutan awam lebih berkesan untuk menghubungkan Kuala Lumpur dengan wilayah pantai timur.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...