Friday, April 26, 2013

SAMSUNG GALAXY S4 SERENDAH RM588 DENGAN CELCOM PADA 27 APRIL 2013



Rujukan :Celcom Offer


KUALA LUMPUR – Sempena pelancaran model telefon pintar baharu Samsung Galaxy S4 hujung minggu ini, Celcom Axiata Bhd. (Celcom) akan menawarkan pembelian gajet tersebut dengan harga menarik RM588 yang perlu dipadankan dengan sebarang pelan data suara yang ditawarkan.
Menurut Ketua Pegawai Pemasaran Celcom, Zalman Aefendy Zainal Abidin, untuk meraikan kehadiran gajet terbaharu di pasaran tempatan, satu majlis pelancarannya akan diadakan di beberapa kedai Blue Cube dan Celcom Xclusive Partners di seluruh negara pada 27 April ini.
Tawaran pakej menarik itu boleh didapati di Blue Cube @ Sunway di sini, Blue Cube All Season Place di Ayer Hitam, Pulau Pinang dan Celcom Taman Molek di Johor Bahru.
“Pada majlis berkenaan, tawaran menarik menunggu pelanggan bertuah kerana mereka bakal memenangi baucar bernilai RM750 dan rebat masa berbual bernilai RM240.
“Pelanggan Celcom yang memilih pelan Samsung Galaxy S4 juga layak mendapat potongan harga sehingga 30 peratus bagi pembelian aksesori Samsung,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Sumber : Kosmo Online

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...