Friday, August 15, 2014

PERODUA BUKA TEMPAHAN KENDERAAN EEV MULAI 15 OGOS 2014


KUALA LUMPUR: Axia, kenderaan cekap tenaga (EEV) pertama Malaysia pada harga permulaan tentatif RM24,900 (bagi Semenanjung Malaysia) - akan dibuka untuk tempahan di semua pusat jualan Perodua mulai Jumaat, 15 Ogos, kata Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua).
Dalam satu kenyataan, Perodua berkata model terbaharu itu merupakan kereta paling cekap tenaga yang mampu bergerak sejauh 21.6 kilometer seliter, luas, dilengkapi ciri-ciri unik Malaysia dan kos pemilikan keseluruhan yang rendah.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh berkata tawaranitu merupakan pakej semua dalam satu untuk rakyat Malaysia.
"Kereta ini bukan sahaja sesuai untuk memuatkan empat beg perjalanan memandangkan ia mempunyai kapasiti but 260 liter, malah lebih fleksibel bagi memastikan keselesaan dan penggunaan maksimum," kata Aminar.
Perodua Axia
Kenderaan baharu keluaran Perodua yang didakwa Axia.
Dijadual dilancarkan tidak lama lagi, Axia ialah model ke-10 Perodua menerusi kilang pengeluaran baharu yang moden dan mesra alam.
"Kami yakin Perodua Axia kompetitif di rantau ini, yang memperjelaskan mengapa perkataan 'Asia' dijadikan namanya," katanya.
Perodua Axia didatangkan dalam empat varian - Standard E, Standard G, Special Edition dan Advance - dengan jaminan lima tahun, pertama bagi Perodua.
Yuran tempahan sebanyak RM250 dan RM300 - bergantung kepada varian.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...