Tuesday, November 12, 2013

KEMPEN CPUV PERTAMA MENGKAWI BLOG

As-salam untuk semua......

Entri kali ini kalau kita 'google' sudah terlalu banyak ditulis oleh blogger yang telah mendapat kempen serupa ini, apakah tujuannya?........ Macam-macam jawapan juga alasan yang telah ditulis. Saya juga telah membaca banyak entri berkaitan Kempen CPUV Nuffnang ini. 

Kepada yang mendapat kempen ini juga tahu apa yang bakal mereka perolehi kelak, sebenarnya inilah topik utama yang sering diperbincangkan oleh setiap blogger tentang entri ini.

Tidak perlu saya huraikan dengan panjang lebar kelebihan blog yang mendapat Kempen CPUV. Untuk pengetahuan pengunjung mengkawi blog, tempoh yang saya tunggu untuk mendapat Kempen CPUV ini boleh dikira agak lambat berbanding blog-blog yang telah mendapat kempen ini. Tempoh hampir 3 tahun...... itulah tempoh singkat atau lamanya blog ini berdaftar dengan pihak Nuffnang dengan status Glitterati sepanjang masa. Terima kasih saya ucapkan kepada Nuffnang serta buat pengiklan Xaxis #0150 yang sudi memberi peluang kepada mengkawi blog.

Cuma apa yang saya ingin kongsikan di entri ini ialah pengalaman dan pengajaran mengkawi blog dalam mendapat Kempen CPUV ini.

1. Rajinlah update entri, kalau boleh setiap hari supaya 'google' boleh mengesan kehadiran blog.

2. Rajinlah update Nuffnang, kalau boleh setiap minggu supaya pihak Nuffnang dan pengiklan boleh mengesan entri blog anda yang mereka berkenan.

Apabila 2 perkara ini boleh kita penuhi, maka bolehlah kita fikirkan cara untuk menarik pengunjung ke blog anda yakni menaikkan trafik blog. Akhir sekali bersabar sekiranya apa yang anda idamkan dari Nuffnang belum tertunai. Sampai masa akan tertunailah juga dengan pengalaman mengkawi blog ini.

Maka inilah yang kita dapat .........Insya Allah.


Kempen CPUV Nuffnang


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...