Friday, April 26, 2013

SAMSUNG GALAXY S4 SERENDAH RM588 DENGAN CELCOM PADA 27 APRIL 2013



Rujukan :Celcom Offer


KUALA LUMPUR – Sempena pelancaran model telefon pintar baharu Samsung Galaxy S4 hujung minggu ini, Celcom Axiata Bhd. (Celcom) akan menawarkan pembelian gajet tersebut dengan harga menarik RM588 yang perlu dipadankan dengan sebarang pelan data suara yang ditawarkan.
Menurut Ketua Pegawai Pemasaran Celcom, Zalman Aefendy Zainal Abidin, untuk meraikan kehadiran gajet terbaharu di pasaran tempatan, satu majlis pelancarannya akan diadakan di beberapa kedai Blue Cube dan Celcom Xclusive Partners di seluruh negara pada 27 April ini.
Tawaran pakej menarik itu boleh didapati di Blue Cube @ Sunway di sini, Blue Cube All Season Place di Ayer Hitam, Pulau Pinang dan Celcom Taman Molek di Johor Bahru.
“Pada majlis berkenaan, tawaran menarik menunggu pelanggan bertuah kerana mereka bakal memenangi baucar bernilai RM750 dan rebat masa berbual bernilai RM240.
“Pelanggan Celcom yang memilih pelan Samsung Galaxy S4 juga layak mendapat potongan harga sehingga 30 peratus bagi pembelian aksesori Samsung,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Sumber : Kosmo Online

Monday, April 22, 2013

KHASIAT LIMAU KASTURI



limau kasturi











10 JENIS UBAT DARI LIMAU KASTURI


1 . Ubat batuk
limau+kicap+garam = minum setiap pagi and malam …batuk akan beransur pulih

2 . Ubat demam

Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.

limaun kasturi











3. Ubat ketiak
Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.

4 . Ubat pening kepala
Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.

5 . Ubat lelah
Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi. Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi. Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalamilelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.

6 . Ubat kurus
Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan Insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.

7 . Ubat kelemumur
Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.


8 . Ubat hilang minyak pada baju
Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring. Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam. Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak. Lepas dah gosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti. Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.

9 . Ubat wangi rambut
Ambil beberapa biji limau nipis & hiris2kan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala.

10 . Ubat kilatkan cermin mata
Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama. Cuci & gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih2 kemudian lap dgn kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat & jelas lebih lama.

Friday, April 19, 2013

PRINTER UNTUK SMARTPHONE

LG Electronics (LG) memperkenalkan satu peranti terbaru dalam memudahkan penggunanya mencetak gambar secara terus selepas diambil melalui telefon pintar atau tablet. 

PD233 adalah pencetak poket mini yang memberikan kualiti cetakan gambar terbaik dan pantas. Hanya perlu menyambungkan telefon pintar dengan pencetak melalui sambungan WiFi. 

Pencetak poket mini ini boleh digunakan untuk pengguna telefon pintar Android dan iOS. Pencetak yang kecil ini sangat menarik dan mempunyai bentuk luaran yang stylish.


Ia menjadi pencetak terkecil dan paling ringan dengan hanya berat 215 gram dan ukuran sekitar 72 x 120 x 24 mm, membolehkan senang membawanya ke mana saja termasuk meletakkan di dalam poket baju atau dalam beg tangan.

Tidak hairanlah jika LG menyasarkan untuk golongan yang sentiasa sibuk atau kepada mereka yang melancong. Ia boleh dijadikan sebagai poskad kenangan sewaktu melancong.

Hasil cetakan dari pencetak ini akan berukuran 5.1 x 7.6 cm, saiz yang sangat praktikal untuk dikongsi atau dijadikan kenangan. 

Pengguna hanya perlu muat turun aplikasi pencetak ini dan seterusnya hanya perlu menyambungkan telefon pintar dengan pencetak poket mini dan boleh terus mencetak dengan pantas.

LG PD233


Thursday, April 11, 2013

PESERTA MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA MUSIM KE 2

Program realiti tv masakan MasterChef Selebriti Malaysia Musim Ke 2 akan bersiaran tidak lama lagi yang  akan menampilkan barisan artis Malaysia bagi menunjukkan skil memasak masing-masing. Difahamkan konsep pertandingan masih seperti konsep musim pertama dahulu, kali ini bertemakan 'bila dapur panas, watak lain jadi jelas'.

Apa yang pasti ialah peminat kepada artis pilihan masing-masing bakal melihat bakat memasak artis kegemaran mereka nanti. MasterChef Selebriti Malaysia Musim Ke 2 ini akan mula ditayangkan di saluran Astro Ria (104) bermula 20 April 2013 dan bersiaran pada setiap Sabtu hingga Selasa jam 9 malam. Musim ke 2 ini akan menampilkan 19 artis tempatan bagi merebut gelaran juara MasterChef Selebriti kali ini. Manakala juri masih mengekalkan juri musim yang lepas.









































Senarai peserta MasterChef Selebriti Malaysia Musim 2:

1.   Pengarah......... Michael Ang
2.   Pelakon........... Sharifah Shahora
3.   Pelakon........... Kenchana Devi
4.   Pelakon........... Norish Karman
5.   Penyanyi......... Cat Farish
6.   Pelakon.......... Syanie Hisham
7.   Pengacara..... Celina Khor
8.   Pelakon.......... Lydiawati
9.   Pelakon.......... Enot
10. Pelakon.......... Zain Saidin
11. Pelakon........ .. Rozita Che Wan
12. Pengacara.......Datuk Aznil Nawawi
13. Penyanyi......... Sabhi Sadhi
14. Pelawak.......... Sathiya
15. Penyanyi......... Syura
16. Penyanyi......... Radhi OAG
17. Pelakon........... Yassin Yahya
18. Pelakon.......... Afiq Muiz
19. Penyanyi......... Keroz Nazri


Sumber gambar : Rotikaya

Sumber berita : Sinar Harian

Saksikan nanti ................................

Tuesday, April 9, 2013

INFO KESIHATAN : MAKANAN YANG BOLEH KITA MAKAN IKUT SUKA HATI

As-salam..........

Tip kesihatan untuk saya kongsikan bersama kali ini ialah makanan yang bebas dimakan atas faktor kurang atau tiada memberi kesan sampingan terhadap tubuh badan kita.

Makanan dan bahan-bahan ini boleh memberikan khasiat yang tersendiri kepada kita sekiranya kita amalkan pemakanan serta penggunaannya seharian.


KUMPULAN SAYUR-SAYURAN HIJAU kecuali SAYURAN BERKANJI

Contohnya ; sawi, kangkung, bayam, kailan, kobis, tomato dan kacang panjang serta yang seangkatan dengannya.












KUMPULAN BAHAN CECAIR DAN MINUMAN TANPA GULA

Contohnya ; sup air, air kosong, teh tanpa gula, kopi 'O' tanpa gula, air barli tanpa gula dan air kelapa segar serta yang seangkatan dengannya.







KUMPULAN PERASA DAN PERENCAH

Contohnya ; rempah ratus, bawang merah. bawang putih, halia, lengkuas, serai, kunyit, serbuk kunyit, serbuk cili dan sebagainya.

    



Tuesday, April 2, 2013

KALENDAR TAHUN 2014 DAN CUTI UMUM TAHUN 2014 DI MALAYSIA

Tahun 2013 baru melepasi suku pertama, walaubagaimanapun setiap tahun kita selalu merasakan setahun akan berlalu dengan cepat. Bak kata orang pejam celik.....pejam celik dah habis tahun....itulah ayat yang kita selalu dengar lebih-lebih lagi orang yang sentiasa sibuk dengan tugas seharian. 

Seperti kebiasaannya, sepanjang tahun walau sesibuk mana pun urusan kita, perlu ada ruang dan masa untuk kita berehat atau beriadah. Untuk itu...apa yang perlu ialah bilakah masa yang sesuai untuk kita bercuti. Selalunya kalendar adalah tempat rujukan kita.......

Info entri kali ini saya ingin kongsikan Kalendar Tahun 2014 serta Cuti-Cuti Umum Di Malaysia bagi tahun 2014. Rasanya tidaklah terlalu awal entri ini saya buat. Bagi yang memerlukannya mungkin boleh berguna kepada anda. Kalendar 2014 ini pun hanya untuk cuti umum di Malaysia sahaja. Bagi maklumat cuti yang lengkap termasuk cuti bagi negeri dan cuti persekolahan akan saya update sekitar bulan September nanti. 


                               KALENDAR TAHUN 2014



                             CUTI UMUM MALAYSIA TAHUN 2014




Sambungan ......UPDATE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...