Tip kesihatan untuk saya kongsikan bersama kali ini ialah makanan yang bebas dimakan atas faktor kurang atau tiada memberi kesan sampingan terhadap tubuh badan kita.
Makanan dan bahan-bahan ini boleh memberikan khasiat yang tersendiri kepada kita sekiranya kita amalkan pemakanan serta penggunaannya seharian.
KUMPULAN SAYUR-SAYURAN HIJAU kecuali SAYURAN BERKANJI
Contohnya ; sawi, kangkung, bayam, kailan, kobis, tomato dan kacang panjang serta yang seangkatan dengannya.
KUMPULAN BAHAN CECAIR DAN MINUMAN TANPA GULA
Contohnya ; sup air, air kosong, teh tanpa gula, kopi 'O' tanpa gula, air barli tanpa gula dan air kelapa segar serta yang seangkatan dengannya.
KUMPULAN PERASA DAN PERENCAH
Contohnya ; rempah ratus, bawang merah. bawang putih, halia, lengkuas, serai, kunyit, serbuk kunyit, serbuk cili dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment