MANILA - Badan depan sebuah kapal pembersih periuk api milik tentera Amerika Syarikat (AS), USS Guardian dipotong selepas ia terperangkap di Terumbu Tubbataha di Laut Sulu, lapor akhbar Philippine Daily Inquirer semalam.
Jurucakap Pasukan Pengawal Pantai Filipina, Leftenan Komander Armand Balilo berkata, sebuah pasukan berjaya melakukan operasi tersebut. Badan kapal yang dipotong itu diletakkan di dalam sebuah tongkang kelmarin.
Menurutnya, pasukan penyelamat akan melakukan operasi memotong baki bahagian badan kapal itu. Operasi memotong bahagian kapal sepanjang 68 meter itu bermula sejak 22 Februari lalu. Bagaimanapun, operasi memotong itu terpaksa ditangguhkan kerana cuaca buruk. Operasi memotong kapal itu dilakukan dengan menggunakan sebuah kren di atas sebuah kapal lain.
Kapal itu terkandas pada 17 Januari lalu selepas ia tersilap memasuki kawasan terumbu karang. - Laporan Kosmo dari sumber Agensi
Keadaan USS Guardian semasa tersangkut di Terumbu Tubbataha |
Proses membuang minyak pada USS Guardian |
Kapal kargo dengan kren untuk proses memotong USS Guardian |
Proses membuka radar USS Guardian |
Dek USS Guardian yang telah dileraikan |
Bahagian depan USS Guardian yang telah dipotong |
Sumber gambar adalah daripada Google
Info :
Disebalik kejadian kapal USS Guardian milik tentera Amerika ini tersangkut serta dilupuskan di Laut Sulu, timbul beberapa persoalan bagaimana sebuah kapal pemusnah periuk api yang begitu canggih dan moden boleh tersalah laluan lalu terlanggar kawasan terumbu karang. Kewujudan kapal ini juga telah menjadi persoalan pelbagai pihak. Persoalan-persoalan berkaitan perkara ini boleh kita baca melalui laman-laman web yang menyebarluaskan kejadian ini di internet.