Saturday, March 30, 2013

GAMBAR KAPAL USS GUARDIAN DIPOTONG DAN DILUPUSKAN DI LAUT SULU


MANILA - Badan depan sebuah kapal pembersih periuk api milik tentera Amerika Syarikat (AS), USS Guardian dipotong selepas ia terperangkap di Terumbu Tubbataha di Laut Sulu, lapor akhbar Philippine Daily Inquirer semalam. 

Jurucakap Pasukan Pengawal Pantai Filipina, Leftenan Komander Armand Balilo berkata, sebuah pasukan berjaya melakukan operasi tersebut. Badan kapal yang dipotong itu diletakkan di dalam sebuah tongkang kelmarin. 

Menurutnya, pasukan penyelamat akan melakukan operasi memotong baki bahagian badan kapal itu. Operasi memotong bahagian kapal sepanjang 68 meter itu bermula sejak 22 Februari lalu. Bagaimanapun, operasi memotong itu terpaksa ditangguhkan kerana cuaca buruk. Operasi memotong kapal itu dilakukan dengan menggunakan sebuah kren di atas sebuah kapal lain. 

Kapal itu terkandas pada 17 Januari lalu selepas ia tersilap memasuki kawasan terumbu karang. - Laporan Kosmo dari sumber Agensi

Keadaan USS Guardian semasa tersangkut di Terumbu Tubbataha
Proses membuang minyak pada USS Guardian
Kapal kargo dengan kren untuk proses memotong USS Guardian
Proses membuka radar USS Guardian
Dek USS Guardian yang telah dileraikan
 
Bahagian depan USS Guardian yang telah dipotong

Sumber gambar adalah daripada Google

Info :
Disebalik kejadian kapal USS Guardian milik tentera Amerika ini tersangkut serta dilupuskan di Laut Sulu, timbul beberapa persoalan bagaimana sebuah kapal pemusnah periuk api yang begitu canggih dan moden boleh tersalah laluan lalu terlanggar kawasan terumbu karang. Kewujudan kapal ini juga telah menjadi persoalan pelbagai pihak. Persoalan-persoalan berkaitan perkara ini boleh kita baca melalui laman-laman web yang menyebarluaskan kejadian ini di internet.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...