Tuesday, March 12, 2013

14 ORANG JUTAWAN TERKAYA DI MALAYSIA TAHUN 2013




Info yang dikeluarkan oleh Bernama berkaitan senarai jutawan di Malaysia bagi tahun 2013 yang mana Robert Kuok kekal sebagai orang terkaya di Malaysia dengan kekayaan berjumlah AS $12.5 bilion (RM39 bilion), mengikut senarai Forbes kaya terbaru.

Indeks Komposit Kuala Lumpur telah naik empat peratus berbanding tahun lalu dan dalam tempoh ini, dengan peningkatan keluaran dalam negara kasar sebanyak 6.4 peratus.

Sejumlah 23 jutawan dalam senarai itu menyaksikan peningkatan kekayaan mereka dengan Kuok menambah kekayaannya dengan nilai AS $12.5 bilion menerusi perniagaan beliau termasuk Hotel Shangri-La, Hartanah Kerry dan South China Morning Post (akhbar berbahasa Inggeris terkemuka di Hong Kong).

Jutawan kedua ialah T. Ananda Krishnan, yang menyaksikan kekayaannya meningkat daripada AS $9.9 bilion pada tahun 2012 kepada AS $ 11.7 bilion tahun 2013. Berkepentingan dalam syarikat telekomunikasi Maxis dan Astro.

Tan Sri Lim Kok Thay, anak hartawan Tan Sri Lim Goh Tong menerajui Kumpulan Genting dengan resort dan kasino di Malaysia, Singapura, Hong Kong, Filipina dan UK berkongsi nilai bersih kekayaan bernilai AS $6.6 bilion dengan ibunya Puan Sri Lee Kim Hua dan ahli keluarga yang lain.

Daripada senarai 50 orang terkaya di Malaysia tahun ini terdapat penambahan sembilan orang jutawan baru tahun 2013.

Antaranya ialah Datuk Tan Heng Chew dan keluarganya yang berada di kedudukan nombor 11 dengan kekayaan AS $1.2 bilion. Keluarganya memiliki Tan Chong Motor Holdings serta perdagangan peralatan industri dan barangan pengguna.

Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary merupakan jutawan ke 8 dalam senarai dengan kekayaan sebanyak AS $2.75 bilion.

Datuk Seri Shahril Shamsuddin dan Datuk Shahriman Shamsuddin, dua beradik dari Kumpulan Sapura berada barisan ke 12 dengan kekayaan AS $ 1.05 bilion.

Tahun lepas merupakan tahun bertuah untuk hartawan Tan Sri Chen Lip Keong, yang mengasaskan NagaCorp dan yang telah mengaut keuntungan kepada hasil perjudian. NagaCorp memiliki monopoli ke atas kasino di Phnom Penh sehingga 2035.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...