Monday, January 21, 2013

ORANG TERKAYA DI MALAYSIA SEHINGGA JANUARI 2013

Info ini adalah merujuk kepada artikel yang dikeluarkan oleh Kosmo Online hari ini. Senarai lengkap akan diupdatekan nanti.

.......

KUALA LUMPUR – Bilionair telekomunikasi, T. Ananda Krishnan kini bergelar orang terkaya di Malaysia apabila memintas ‘Raja Gula’, Tan Sri Robert Kuok dengan mengumpul kekayaan bernilai RM30.56 bilion.
Menurut kaji selidik akhbar berbahasa Cina Nanyang Siang Pau, Ananda mendapat lonjakan baharu dari segi kekayaan apabila saham Astro Malaysia Holdings Bhd. disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun lepas.
Menurut kaji selidik itu, Kuok yang memiliki pelaburan dalam sektor perhotelan dan resort, perladangan serta syarikat perkapalan tercicir daripada kedudukan orang terkaya di Malaysia dengan nilai harta berjumlah RM29.4 bilion.
Kuok dinobatkan sebagai orang terkaya di Malaysia pada tahun lalu berdasarkan ranking majalah Malaysian Business dengan harta bernilai RM45.7 bilion tetapi kekayaan itu susut sebanyak RM16.3 bilion pada tahun ini.
Tempat ketiga pula dikuasai tokoh perbankan dari Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow dengan nilai aset berjumlah RM15.1 bilion, meningkat sebanyak RM2.36 bilion berbanding RM12.64 bilion pada tahun lalu.

                                                          ........




MAKANAN YANG BOLEH MENYEBABKAN ANDA JADI PELUPA

Info kesihatan yang saya ingin kongsikan ini ialah berkaitan dengan jenis-jenis makanan yang selalu kita makan dalam seharian yang boleh menyebabkan kita mudah menjadi pelupa. Kebiasaannya orang selalu sebut 'jangan makan atau minum makanan yang ada semut'. Kenapa?......... Nanti jadi pelupa. Selain daripada itu ada beberapa lagi faktor makanan yang menjurus kepada penyakit pelupa ini. Mari kita tengok senarai di bawah ini apa makanan yang perlu dielakkan. Pada pandangan saya benda-benda ini seeloknya kita elakkan daripada mengambilnya dengan berlebihan ataupun kurangkan kekerapan mengambilnya.

1.    Banyak makan epal yang sudah masam.

2.    Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jeruk buah-buahan.

3.    Banyak makan bawang besar.

4.    Banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan ketumbar kering.

5.    Memakan kepala ikan.

6.    Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Semut 
dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh melemahkan ingatan.

7.    Makan sehingga terlalu kenyang.

8.    Makan makanan yang disentuh oleh tikus.

9.    Makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah.

10.  Minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam.

11.  Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet. Umpamanya, minuman bergas dan makanan segera (junk food). Ketahuilah bahawa bahan kimia di dalamnya boleh menumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.


Friday, January 18, 2013

DISKAUN SAMAN DBKL SEMPENA HARI WILAYAH

saman DBKL


Info untuk anda yang dikenakan saman untuk semua jenis kesalahan trafik oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), anda ditawarkan diskaun istimewa sempena Hari Wilayah dengan hanya perlu membayar kompaun pada kadar rata iaitu RM30 sepanjang bulan Februari depan.
Tawaran diskaun ini diwartakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang disambut pada 1 Februari ini. Kebiasaanya sesiapa yang disaman oleh DBKL perlu membayar kompaun antara RM100 hingga RM300 bergantung kepada jenis kesalahan yang dilakukan.
Tawaran diskaun istimewa ini bagaimanapun hanya sah bermula 1 hingga 28 Februari ini dan pembayaran boleh dibuat di semua kaunter DBKL pada hari bekerja dengan membawa bersama-sama notis kompaun.

Thursday, January 17, 2013

KEMPEN GANTI STERENG MYVI

Info untuk pemilik Myvi yang beli antara Mac 2011 hingga Mac 2012, Perodua akan menggantikan bahagian stereng anda disebabkan kesilapan pengeluarnya. Kepada pemilik Myvi sila ke pusat servis Perodua mulai hari ini untuk temujanji anda. 



Sumber daripada Kosmo Online


KUALA LUMPUR - Perodua melaksanakan kempen langkah pencegahan bagi menggantikan bahagian stereng kuasa elektronik (EPS) terhadap 74,000 varian Myvi baharu yang dibina antara Mac 2011 dan Mac 2012.
Pembuat kereta kompak itu berkata, kempen itu bertujuan memastikan pemilik Perodua Myvi baharu itu menikmati prestasi optimum kenderaan masing-masing.
Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, kempen itu perlu memandangkan prestasi kereta mungkin tidak berada pada kedudukan terbaik dan mungkin menjejaskan sebahagian respons semasa pemandu memandu pada kelajuan rendah.
"Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Perodua, masalah itu boleh dikesan apabila penunjuk EPS menyala dan pemandu mendapati rasa berat pada kelajuan antara 30 dan 40 kilometer sejam.
"Ini boleh dibaiki sementara dengan mematikan enjin dan menghidupkan semula kereta, namun untuk pembaikan kekal dan mengurangkan kemungkinan risiko ke atas pelanggan, kami meminta mereka membuat temu janji di mana-mana 170 pusat servis kami di seluruh negara untuk penggantian EPS itu," katanya menerusi satu kenyataan di semalam.

Thursday, January 3, 2013

10 ORANG TERKAYA DI DUNIA TAHUN 2012

Petikan daripada Berita Harian :

"Jumlah kekayaan hartawan dunia bertambah tahun lalu dengan peningkatan nilai bersih terkumpul masing-masing AS$241 bilion (RM732 bilion).

Indeks Jutawan Bloomberg iaitu ranking harian 100 individu terkaya di dunia, mendapati nilai bersih terkumpul keseluruhan 100 jutawan dunia adalah AS$1.9 trilion (RM5.77 trilion) selepas pasaran 
ditutup pada 31 Disember lalu. 

Daripada 100 individu yang disenarai dalam ranking terakhir 2012, hanya 16 mencatatkan kerugian bersih dalam tempoh 12 bulan lalu. 


Tahun 2012 adalah tahun yang hebat kepada hartawan dunia,” kata tokoh perniagaan dan pemilik Red Apple Group Inc, John Catsimatidis dalam satu e-mel yang dihantar dari Bahamas.

“Pada 2013, mereka akan terus meninjau pelaburan di serata dunia yang tidak semestinya di Amerika Syarikat (AS) untuk memberikan kelebihan kepada diri masing-masing.”"


Senarai 10 jutawan tahun 2012


10 Jutawan Dunia Tahun 2012

Tuesday, January 1, 2013

KALENDAR 2013......SELAMAT TAHUN BARU 2013

Selamat Tahun Baru 2013


Kalendar Kuda 2013


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...