"Jumlah kekayaan hartawan dunia bertambah tahun lalu dengan peningkatan nilai bersih terkumpul masing-masing AS$241 bilion (RM732 bilion).
Indeks Jutawan Bloomberg iaitu ranking harian 100 individu terkaya di dunia, mendapati nilai bersih terkumpul keseluruhan 100 jutawan dunia adalah AS$1.9 trilion (RM5.77 trilion) selepas pasaran ditutup pada 31 Disember lalu.
Daripada 100 individu yang disenarai dalam ranking terakhir 2012, hanya 16 mencatatkan kerugian bersih dalam tempoh 12 bulan lalu.
“Tahun 2012 adalah tahun yang hebat kepada hartawan dunia,” kata tokoh perniagaan dan pemilik Red Apple Group Inc, John Catsimatidis dalam satu e-mel yang dihantar dari Bahamas.
“Pada 2013, mereka akan terus meninjau pelaburan di serata dunia yang tidak semestinya di Amerika Syarikat (AS) untuk memberikan kelebihan kepada diri masing-masing.”"
Senarai 10 jutawan tahun 2012
10 Jutawan Dunia Tahun 2012 |
No comments:
Post a Comment