Sinopsis Ringkas :
SUDAH empat tahun selepas kejadian ‘Transformers: Dark of the Moon’ di mana bandar Chicago hampir musnah akibat pertarungan epik antara Optimus Prime, Megatron dan Sentinel Prime.
Keadaan Bumi beransur pulih seperti sediakala. Namun manusia tidak lagi mempercayai Transformers.
Pihak tentera di bawah arahan seorang pegawai kerajaan, Harold Attinger, ditugaskan untuk memusnahkan kesemua Transformers, baik Autobots mahupun Deceptions. Ekoran itu, Autobots termasuk Optimus Prime dan Bumblebee telah mengambil langkah menyembunyikan diri.
Namun, ‘kehilangan’ mereka dari mata dunia tidak lama apabila seorang mekanik, Cade Yeager membeli sebuah trak berkarat dengan tujuan menjual bahagiannya untuk mengumpul duit bagi membayar yuran kolej anaknya, Tessa.
Apabila mereka mendapati trak tersebut sebenarnya ketua Autobot Optimus Prime, tanpa disangka mereka mengundang kehadiran kerajaan, Autobots dan Decepticons ke dalam kehidupan mereka.
Pada masa yang sama, sekumpulan saintis di bawah kelolaan seorang ahli perniagaan telah mencipta Transformers mereka sendiri tetapi robot ini telah berpaling menentang mereka.
Kini, Cade, Tessa serta teman lelakinya, Shane dan Optimus harus bergabung tenaga dengan Autobots yang tinggal dan bersemuka pihak Decepticons, tak lupa juga spesies Transformers baru bagi menyelamatkan Bumi.
‘Transformers: Age of Extinction’ masih mengekalkan Michael Bay di kerusi pengarah dan dibintangi barisan pelakon baru termasuk Mark Wahlberg, Stanley Tucci, Nicola Peltz, Kelsey Grammer, Jack Reynor, Sophia Myles dan Li Bingbing.
Watak Transformers seperti Optimus Prime, Bumblebee, Ratchet dan Brains turut kembali. Siri terbaru dalam francais Transformers ini juga melihat penampilan Dinobots iaitu sekumpulan Transformers yang sebahagian daripada puak Autobots.
‘Transformers: Age of Extinction’ dijadualkan menemui peminat di pawagam bermula 26 Jun 2014.
|
Dinobots |
Sumber :
Harian Metro