Wednesday, June 18, 2014

PERODUA VIVA TURUN HARGA MULAI 17 JULAI 2014



KUALA LUMPUR: Perodua mengurangkan harga atas jalan  semua varian Viva sehingga RM5,300, berkuat kuasa 17 Julai 2014, di semua 181 premis jualannya di seluruh negara.

Dalam satu kenyataan, Perodua berkata ia juga akan memberi bonus tunai  RM800 kepada mereka yang menempah Viva mulai hari ini hingga 31 Ogos.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh berkata selain habuan itu, pelanggan juga disediakan pakej perkhidmatan percuma selama tiga tahun yang kini ditawarkan kepada semua pelanggan baharu Perodua.

"Pengurangan harga itu dibuat hasil inisiatif penjimatan kos kami yang dilaksanakan sejak 2011.

"Harga baharu ini akan membantu pengguna di seluruh negara untuk memiliki kenderaan mampu milik berkualiti tinggi, terutama menjelang Ramadan, Hari Raya Aidilfitri dan sambutan Hari Merdeka, kata Aminar Rashid.


Berikut ialah senarai harga baru untuk model Viva (di Semenanjung Malaysia);
  • Viva 660 BX (manual) – RM22,000 (harga lama RM25,000, pengurangan RM3,000)
  • Viva 850 (manual) – RM27,900 (harga lama RM33,000, pengurangan RM5,3000)
  • Viva S 1.0L (auto) – RM29,900 (harga lama RM35,200, pengurangan RM5,300)
  • Viva Elite 1.0L (manual) – RM32,900 (harga lama RM38,200, pengurangan RM5,300)
  • Viva Elite 1.0L (auto) – RM36,800 (harga lama RM41,300, pengurangan RM4,500)


Sumber:Astro Awani

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...