Wednesday, July 17, 2013

GAMBAR MENARIK : 3 ATAU 4


3 

A T A U
4


MORALNYA ?........


Friday, July 12, 2013

SENARAI SETIAUSAHA POLITIK BAGI MENTERI KABINET 2013



Kuala Lumpur (12 Julai 2013): Seramai 21 Setiausaha Politik mengangkat sumpah menyimpan rahsia di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pejabat Perdana Menteri di Bangunan Parlimen di sini, semalam. 

Majlis turut disaksikan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa. 
Upacara angkat sumpah diketuai Datuk Jailani Ngah, diikuti Wong Nai Chee dan Datuk Muhammad Khairun Aseh sebagai Setiausaha Politik Perdana Menteri. 

Datuk Mohd Nardin Awan dan Datuk Tahir Mohd Taat pula mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Setiausaha Politik lain yang mengangkat sumpah ialah: 

  • Datuk Dr Marzuki Mohamad (Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin) 
  • Datuk Mohamed Ismail Mohamed Othman (Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz) 
  • Datuk Markiman Kobiran (Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein) 
  • Razak Sakaran Dandai (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal)
  • Datuk Daniel Kinsik (Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili) 
  • Dr Richard Rapu @ Aman anak Begri (Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Douglas Uggah Embas) 
  • Datuk Abdul Halim Mohammad (Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) 
  • Mohd Ali Mansor (Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek) 
  • M Vellaiyan (Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S Subramaniam) 
  • Azizul Kama Abdul Aziz (Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah) 
  • Basorri Abu Hassan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom) 
  • Fazzrudin Abdul Rahman (Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof) 
  • Mejar (B) Peter anak Runin (Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot) 
  • Abd Halim Jusoh (Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh) 
  • Kibin Samad (Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan) 
  • Japirin Sahadi (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Ewon Ebin).


SUMBER : BERNAMA/BERITA HARIAN

Thursday, July 4, 2013

CEK KEDUA DARIPADA NUFFNANG.......TERIMA KASIH

As-salam....

Alhamdulillah......rezeki bulan Julai daripada Nuffnang. Semalam masa saya menjenguk e-mail, kat dalam inbox ada 'payment advice message' dari HSBC memberitahu bayaran akan dikeluarkan. Bayaran yang dimaksudkan tentulah hasil daripada pihak pengiklanan Nuffnang. Hasil 'cash-out' yang saya buat hujung bulan Mei hari tu. Tapi untuk bayaran kali ni, saya tengok kat status nuffnang saya masih 'unpaid' cuma kali ni HSBC yang telah maklumkan kepada saya melalui e-mail semalam. Apa cara pun tak kisah la ..... janji dapat payment dan terima kasih kepada Nuffnang. Masa bayaran pertama dulu, saya kena menunggu dalam 60 hari juga, tapi untuk kali kedua ni rasanya cepat sikit......30 hari dah dapat. Jumlah yang saya cash-out pun tak la banyak, tapi boleh la membantu bayar bil broadband.

HSBC payment advice


cek kedua nuffnang

cek kedua nuffnang

Untuk yang nak mencuba boleh la joint Nuffnang dulu dan ikut la arahan dan tips untuk mendapat cash-out anda. 

Wednesday, July 3, 2013

CUTI UMUM PERSEKUTUAN DAN CUTI UMUM NEGERI TAHUN 2014 DI MALAYSIA

SALAM UNTUK ANDA......

ENTRI KALI INI ADALAH ENTRI SAMBUNGAN DARIPADA ENTRI INI
(NAK TAHU SILA KLIK).

JADUAL DI BAWAH ADALAH SENARAI CUTI UMUM BAGI PERSEKUTUAN DAN CUTI UMUM BAGI SETIAP NEGERI DI MALAYSIA SEPANJANG TAHUN 2014 YANG AKAN DATANG.

SEMOGA BOLEH MENJADI RUJUKAN KEPADA ANDA SEMUA.



SENARAI CUTI UMUM PERSEKUTUAN DAN CUTI UMUM NEGERI 
DI MALAYSIA TAHUN 2014

cuti umum 2014

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...