Tuesday, June 25, 2013

GAMBAR MENARIK : DI MANAKAH IANYA BERMULA?

SEKADAR UJIAN MATA DAN MINDA ANDA ................

DI MANAKAH IANYA BERMULA?..............

di manakah bermula?


Thursday, June 6, 2013

PROJEK KERETA API TERAPUNG DI JEPUN



TOKYO - Jepun memperkenalkan kereta api terapung, Maglev buatan tempatan yang mampu mencapai kelajuan sehingga 500 kilometer sejam, semalam. Maglev menggunakan sistem magnetik, turut dilengkapi dengan teknologi paling canggih pada masa ini bagi mencapai kelajuan yang tidak dapat melangkaui batas minda. Kereta api terapung keluaran Syarikat Central Japan Railway Co. (JR Tokai), digerakkan sepenuhnya oleh kuasa magnet dan menjalani ujian awal baru-baru ini. Jurucakap pasukan operasi berkata, Maglev  bakal digunakan di seluruh Jepun  bermula 2045 selain sedang berusaha memperbaiki landasan dari Tokyo ke Osaka. "Kereta api terapung" ini tidak menggunakan roda serta mampu bergerak dengan lebih laju serta senyap, katanya yang dipetik dari MailOnline.Perjalanan rasmi Maglev dijadualkan pada September depan dan bakal beroperasi sepenuhnya di antara Tokyo dan Nagoya pada pertengahan 2027 depan. 

Sumber : Sinar Harian Online

KHASIAT BUAH MENGKUDU


buah mengkudu


Buah mengkudu atau nama saintifiknya Morinda Citrifolia memang baik untuk meningkatkan tahap kesuburan lelaki. Namun begitu, hasil penyelidikan yang dilakukan oleh pihak MARDI mendapati buah mengkudu lebih baik untuk dijadikan sebagai bahan perubatan herba. Terutamanya bagi kaum lelaki. Ia dikatakan baik untuk kesuburan sperma, merawat kencing manis, darah tinggi serta buang angin dan cacing dalam perut.

• Menstabilkan tekanan darah dan aras kolestrol 

Kencing manis, sakit kepala, ginjal, buah pinggang, pundi kencing, pundi hempedu dan tiroid 

• Mencegah pertumbuhan sel kanser dan tumor 

Resdung, asthma, bronkitis, hingus meleleh, batuk, sakit tekak, batuk kering, kolera dan bayi yang demam selsema 

• Gangguan penghadaman – perut kembung, ulcer, gastrik, cirit-birit, muntah-muntah, tidak hadam, buasir, keracunan makanan 

• Radang tekak, sakit gusi dan sakit gigi 

• Terseliuh dan gout 

Bisul, luka, kurap, radang, ulser kulit 

Senggugut, gangguan haid 

• Gatal celah kelangkang, pelipatan, kulat air dan penyakit kulit 

Awet muda 

• Menghilangkan ketagihan dadah dan rokok 

• Membantu sistem kesuburan lelaki dan wanita 

• Meningkatkan tenaga tubuh badan 

• Mengurangkan stress (tekanan) 

Anti-oxidant 


Langkah yang perlu anda lakukan bagi memanfaatkan khasiat buah mengkudu:

1. Ambil beberapa buah mengkudu yang sudah masak ranum.

2. Kemudian, bersihkan dahulu kesemua buah mengkudu tersebut.

3. Kisar buah mengkudu itu dengan sedikit air masak.

4. Tapiskan mengkudu yang telah dikisar. Sebab anda cuma perlukan jus atau airnya sahaja.

5. Campurkan jus mengkudu dengan bahan perasa lain seperti madu. Sebab, rasanya agak masam dan pedas kalau diminum begitu sahaja.

6. Minumlah jus tersebut secara perlahan-lahan. Anda boleh meminumnya sekali dalam sehari. Amalkan petua ini berterusan.
 



Terima kasih untuk sumber dari Ensaiklopedia Petua Melayu Lama

KREATIF : 'LIGHT BULB MAN'



Tuesday, June 4, 2013

GAMBAR MENARIK : SURVIVAL ALAM



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...