Thursday, June 6, 2013

PROJEK KERETA API TERAPUNG DI JEPUN



TOKYO - Jepun memperkenalkan kereta api terapung, Maglev buatan tempatan yang mampu mencapai kelajuan sehingga 500 kilometer sejam, semalam. Maglev menggunakan sistem magnetik, turut dilengkapi dengan teknologi paling canggih pada masa ini bagi mencapai kelajuan yang tidak dapat melangkaui batas minda. Kereta api terapung keluaran Syarikat Central Japan Railway Co. (JR Tokai), digerakkan sepenuhnya oleh kuasa magnet dan menjalani ujian awal baru-baru ini. Jurucakap pasukan operasi berkata, Maglev  bakal digunakan di seluruh Jepun  bermula 2045 selain sedang berusaha memperbaiki landasan dari Tokyo ke Osaka. "Kereta api terapung" ini tidak menggunakan roda serta mampu bergerak dengan lebih laju serta senyap, katanya yang dipetik dari MailOnline.Perjalanan rasmi Maglev dijadualkan pada September depan dan bakal beroperasi sepenuhnya di antara Tokyo dan Nagoya pada pertengahan 2027 depan. 

Sumber : Sinar Harian Online

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...