Tuesday, October 25, 2011

Cara Memasang Iklan Nuffnang Di Blog Anda

Memasang Unit Iklan Nuffnang ke Dalam blog


Sebelum memulakan tutorial, sila ambil perhatian terhadap kenyataan berikut:-
  1. Tutorial ini adalah sebagai panduan umum untuk memasukkan kod iklan Nuffnang ke dalam templat blog anda.
  2. Anda perlu mendaftar sebagai ahli terlebih dahulu untuk mendapatkan kod iklan daripada Nuffnang. Nak daftar boleh log ke nuffnang.com.my dan ikut arahan. Satu yang penting, sila jawap semua soalan daripada pihak nuffnang.


Langkah 1: Akses akaun Blogger anda

  1. Log masuk ke dalam akaun Blogger anda.

Langkah 2: Masuk ke dalam halaman Design

  1. Anda seterusnya akan dibawa ke halaman Dashboard dan anda akan dapat melihat senarai blog anda di bahagian 'Manage Your Blogs'. Klik pada pautan 'Design' pada blog yang anda ingin memasang kod iklan Nuffnang.
  2. Klik pada pautan 'Edit HTML' untuk mengubah templat blog tersebut.

Langkah 3: Masukkan kod iklan Nuffnang

  1. Sila rujuk di bawah bagi memasang setiap unit iklan Nuffnang di dalam templat blog anda. Sebelum bermula, sila pastikan opsyen pilihan 'Expand Widget Templates' telah ditandakan:

    Memasang Unit Leaderboard:
    - Salin kod bagi unit iklan Leaderboard daripada halaman 'Add Ad' Nuffnang dan tampal di dalam kawasan teks sebaik selepas tag <body>.

    Memasang Unit Large Rectangle Unit:
    - Cari "post-footer-line-2" di dalam templat, diikuti dengan elemen </b:includable> yang berdekatan. Tampal kod iklan di atas lokasi elemen </b:includable> seperti yang ditunjukkan dalam imej berikut:

    Memasang Unit Skyscraper:
    - Dengan menggunakan Page Element Gadget, pilih HTML/Javascript daripada senarai dan masukkan kod iklan di dalam kawasan teks yang disediakan.

Langkah 4: Previu unit iklan Nuffnang

  1. Buka tetingkap baru dalam aplikasi pelayar web dan lawati blog anda untuk melihat iklan Nuffnang yang telah dipasang.
  2. Anda boleh juga menggunakan mod Preview di dalam halaman Edit Template, namun unit iklan kami akan sentiasa memaparkan mesej ralat disebabkan perbezaan pada alamat URL bagi halaman tersebut.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut atau cadangan mengenai tutorial ini, sila log ke nuffnang.com.my

Tutorial ini diambil dari tutorial asal laman web nuffnang untuk membantu anda dengan mudah menyertai nuffnang. Selamat mencuba dan Terima Kasih. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...