Sunday, October 30, 2011

Melegakan Batuk Pada Bayi Dan Kanak-Kanak

Bahan-bahan: Kapur makan dan limau kasturi






Cara :
Campur sedikit kapur makan dan perahan limau kasturi.
Sapu pada leher hingga dada bayi atau kanak-kanak yang batuk. Biarkan sehingga reda batuk berkenaan. Jangan sapu terlalu banyak kerana kapur akan menyebabkan rasa panas.

Melegakan Gatal Dan Menghilangkan Kesan Gigitan Nyamuk


 
Ambil sedikit garam kasar dan campukan sedikit air, kacau seketika (elakkan garam tadi larut). Kemudian ramuan tadi boleh disental ke bahagian yang terasa gatal akibat terkena gigitan nyamuk tadi. Rasa gatal dan kesan gigitan akan hilang

Tuesday, October 25, 2011

Cara Memasang Iklan Nuffnang Di Blog Anda

Memasang Unit Iklan Nuffnang ke Dalam blog


Sebelum memulakan tutorial, sila ambil perhatian terhadap kenyataan berikut:-
  1. Tutorial ini adalah sebagai panduan umum untuk memasukkan kod iklan Nuffnang ke dalam templat blog anda.
  2. Anda perlu mendaftar sebagai ahli terlebih dahulu untuk mendapatkan kod iklan daripada Nuffnang. Nak daftar boleh log ke nuffnang.com.my dan ikut arahan. Satu yang penting, sila jawap semua soalan daripada pihak nuffnang.


Langkah 1: Akses akaun Blogger anda

  1. Log masuk ke dalam akaun Blogger anda.

Langkah 2: Masuk ke dalam halaman Design

  1. Anda seterusnya akan dibawa ke halaman Dashboard dan anda akan dapat melihat senarai blog anda di bahagian 'Manage Your Blogs'. Klik pada pautan 'Design' pada blog yang anda ingin memasang kod iklan Nuffnang.
  2. Klik pada pautan 'Edit HTML' untuk mengubah templat blog tersebut.

Langkah 3: Masukkan kod iklan Nuffnang

  1. Sila rujuk di bawah bagi memasang setiap unit iklan Nuffnang di dalam templat blog anda. Sebelum bermula, sila pastikan opsyen pilihan 'Expand Widget Templates' telah ditandakan:

    Memasang Unit Leaderboard:
    - Salin kod bagi unit iklan Leaderboard daripada halaman 'Add Ad' Nuffnang dan tampal di dalam kawasan teks sebaik selepas tag <body>.

    Memasang Unit Large Rectangle Unit:
    - Cari "post-footer-line-2" di dalam templat, diikuti dengan elemen </b:includable> yang berdekatan. Tampal kod iklan di atas lokasi elemen </b:includable> seperti yang ditunjukkan dalam imej berikut:

    Memasang Unit Skyscraper:
    - Dengan menggunakan Page Element Gadget, pilih HTML/Javascript daripada senarai dan masukkan kod iklan di dalam kawasan teks yang disediakan.

Langkah 4: Previu unit iklan Nuffnang

  1. Buka tetingkap baru dalam aplikasi pelayar web dan lawati blog anda untuk melihat iklan Nuffnang yang telah dipasang.
  2. Anda boleh juga menggunakan mod Preview di dalam halaman Edit Template, namun unit iklan kami akan sentiasa memaparkan mesej ralat disebabkan perbezaan pada alamat URL bagi halaman tersebut.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut atau cadangan mengenai tutorial ini, sila log ke nuffnang.com.my

Tutorial ini diambil dari tutorial asal laman web nuffnang untuk membantu anda dengan mudah menyertai nuffnang. Selamat mencuba dan Terima Kasih. 

Thursday, October 20, 2011

Muzium Kapal Korek Di Batu Gajah, Perak

KAPAL korek di Tanjung Tualang akan dibuka kepada pengunjung selewat-lewatnya awal tahun depan.
 KAPAL korek di Tanjung Tualang akan dibuka kepada pengunjung selewat-lewatnya awal tahun depan.

Monumen boleh dikunjungi awal tahun depan selepas pemulihan

Kapal korek bijih timah pertama dan satu-satunya yang masih tinggal di negara ini di Tanjung Tualang, dekat Batu Gajah, akan dibuka kepada pengunjung selewat-lewatnya awal tahun depan, ketika bermulanya Tahun Melawat Perak 2012.

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan, Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan negeri, Datuk Hamidah Osman, berkata kerja pemulihan dan pembaikan monumen bersejarah yang dijadikan Muzium Kapal Korek itu kini di fasa pertama.
Katanya, pelbagai aspek termasuk keselamatan diberi perhatian dalam kerja itu bagi memastikan tiada sebarang masalah timbul apabila dibuka kepada pihak awam khususnya pelancong.
Beliau berkata, sebanyak RM420,000 dibelanjakan untuk membaikpulih kapal korek berkenaan, termasuk diapungkan dalam kedudukan baik berbanding sebelum ini dalam keadaan agak senget.

Fasa kedua dan ketiga pula dijangka selesai menjelang akhir tahun ini iaitu membabitkan kerja baik pulih lain, termasuk mengecat dan membaiki sebarang kecacatan kapal korek sebelum dibuka kepada pelancong, katanya kepada pemberita ketika membuat lawatan kerja ke kapal korek berkenaan, di sini.

Kapal korek berkenaan yang ada sejak 1913, dihadiahkan oleh Malaysian Mining Corporation (MMC) kepada kerajaan Perak sekitar 1990-an untuk dijadikan monumen sejarah dan tarikan pelancongan.

MMC pernah bertanggungjawab menjalankan aktiviti perlombongan bijih di Perak, khususnya di kawasan sekitar Tanjung Tualang, Changkat Tin, Sungai Galah dan yang terakhir di Kampung Changkat Pinggan.
Hamidah berkata, peruntukan diperoleh hasil pelaksanaan tabung program Save The Dredge melalui kerjasama kerajaan negeri dan pengusaha bijih timah dalam usaha menyelamatkan satu-satunya kapal korek yang masih wujud di negara ini.

Beliau yakin ia bakal menjadi satu produk pelancongan yang mampu meningkatkan kedatangan pelancong ke Perak.

Sementara itu, Hamidah yang kemudian turut meninjau pembangunan produk pelancongan Kellie's Castle, di sini, berkata beberapa kemudahan lagi akan disediakan di situ.

Katanya, peruntukan sebanyak RM5 juta disediakan melalui Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) iaitu RM3.8 juta untuk kerja menyediakan infrastruktur manakala RM1.2 juta untuk kelengkapan dalaman.

Beliau berkata, kira-kira 66,000 pelawat melawat Kellie's Castle sepanjang tahun lalu berbanding 54,000 (2009) dan 45,000 (2007).

Berita Harian Online | Bahaya spa ikan

Berita Harian Online | Bahaya spa ikan

Wednesday, October 19, 2011

Jangan Amal Terapi Ozon, Chelation

Jangan amal terapi ozon, chelation


Dr. Hasan Abdul Rahman


KUALA LUMPUR 18 Okt. - Pengamal perubatan dinasihatkan supaya tidak mengamalkan terapi ozon dan chelation (mengenyahkan logam berat dalam badan) sebagai kaedah rawatan untuk pesakit kerana tiada bukti ia mampu merawat sebarang penyakit.
Presiden Majlis Perubatan Malaysia, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman (gambar) berkata, kesimpulan itu dibuat selepas majlis berkenaan mengadakan perbincangan mendalam serta memperoleh maklumat saintifik dari dalam dan luar negara.
"Tiada bukti yang menyokong penggunaan terapi itu dapat memberi sebarang kesan berfaedah kepada pesakit yang menjalaninya.
"Kajian lanjut masih perlu dilakukan bagi memastikan keberkesanan dan juga keselamatan terapi berkenaan kepada pesakit," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau yang juga Ketua Pengarah Kesihatan berkata, terapi itu tidak seharusnya digunakan kecuali untuk tujuan penyelidikan sehingga dibuktikan ia mendatangkan faedah kepada pesakit.
Hasan seterusnya menasihatkan orang awam supaya tidak menjalani terapi itu dan sebarang risiko berkaitan rawatan tersebut harus ditanggung sendiri.

Pulau Langkawi

Gambar-Gambar Menarik Pulau Langkawi
                                                        
                                             Map Of Langkawi Island

MAHSURI

Dataran Helang






Tasik Dayang Bunting


Gunung Raya 
Kilim Goeforest Park






Gugusan Kepulauan




Pulau Payar



                                                          Pantai-Pantai











Langkawi Cable Car








                                                          Penginapan


                                                           Kerbau (buffalo)

Sawah Padi

                                                              LIMA show

Langkawi Bird Paradise

Telaga Tujuh

Telaga Harbour


Langkawi Under Water World

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...