Mulai 26 November 2014 nama bagi 8 jalan-jalan utama di sekitar Kuala Lumpur akan ditukar nama menggunakan nama-nama Yang Di Pertuan Agong Malaysia. Keputusan menukar nama jalan-jalan di Kuala Lumpur sempena sultan-sultan dibuat atas permintaan Majlis Raja-raja, kata Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan M Loga Bala.
Loga juga menjelaskan, keputusan menukar lapan nama jalan di Kuala Lumpur itu kemudian dibuat tahun lalu oleh kementerian.
Perkara itu kemudian dibawa untuk perhatian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Kabinet memutuskan perkara itu pada 4 Jun.
Berikut adalah jalan-jalan yang terlibat :
- Jalan Duta ditukar kepada Jalan Tunku Abdul Halim.
- Jalan Khidmat Usaha ditukar kepada Jalan Sultan Haji Ahmad Shah.
- Jalan Ipoh (dari persimpangan Jalan Segambut hingga persimpangan Jalan Pahang) ditukar kepada Jalan Sultan Azlan Shah.
- Persiaran Duta ditukar kepada Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin.
- Jalan Khidmat Setia dan Jalan Ibadah akan ditukar menjadi Jalan Sultan Mizan Zainal Abidin.
- Lebuh raya Mahameru ditukar kepada Lebuh raya Sultan Iskandar.
- Persiaran Mahameru ditukar kepada Persiaran Tuanku Ja'afar.
- Jalan Semarak ditukar kepada Jalan Sultan Yahya Petra.