Tuesday, April 1, 2014

LCCT DITUTUP PADA 9 MEI 2014, KLIA 2 DIJANGKA BEROPERASI PADA 2 MEI 2014


KLIA 2

KLIA 2


KUALA LUMPUR: Terminal Penerbangan Tambang rendah (LCCT) akan ditutup pada 9 Mei, 2014, bagi memudahkan pembukaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi. 

Beliau berkata, klia2 dijadualkan dibuka pada 2 Mei dengan empat syarikat penerbangan memulakan operasi di lapangan terbang baharu itu. 


"Syarikat penerbangan itu termasuk Cebu Pacific yang berpangkalan di Filipina, Tigerair Mandala yang berpangkalan di Indonesia, Tiger Air yang berpangkalan di Singapura dan syarikat penerbangan hibrid tempatan, Malindo Air," katanya kepada pemberita di Persidangan dan Pameran Dunia Bandar Lapangan Terbang 2014 di sini, hari ini. 

Beliau berkata syarikat penerbangan tambang rendah Cebu Pacific akan memulakan penerbangan pertama di lapangan terbang itu pada jam 12.30 malam. 

Aziz berkata pertumbuhan penumpang yang disasarkan ke Malaysia tahun ini ialah sebanyak 9.7 peratus dan beliau yakin sasaran itu dapat dicapai meskipun insiden penerbangan MH370 Malaysia Airlines. 

Acara dua hari itu merupakan platform global yang menyediakan perbincangan dan perbahasan peringkat tinggi mengenai pewujudan dan pembangunan bandar lapangan terbang serta kepimpinan, amalan terbaik dan inovasi. 

Sumber : Berita Harian




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...