Thursday, January 30, 2014

18 Lebuh Raya Beri Diskaun 5 Hingga 37.5 Peratus Sempena Tahun Baharu Cina



Sebanyak 18 lebuh raya memberikan diskaun tol pada kadar lima peratus hingga 37.5 peratus untuk kenderaan kelas 1 mulai hari ini hingga Ahad sempena perayaan Tahun Baharu Cina. 

Menurut kenyataan akhbar Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) hari ini, lebuh raya yang memberi diskaun ialah SMART, Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Guthrie (GUTHRIE), Kemuning Shah Alam (LKSA), Shah Alam (KESAS), Duta-Ulu Kelang (DUKE), Klang Selatan (SKVE) dan Kuala Lumpur-Karak (KLK), 


Lebuh raya lain ialah Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1), Baharu Pantai (NPE), Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX), Pintas Selat Kelang Utara Baharu (NNKSB), Sungai Besi (BESRAYA), Senai Desaru (SDE), Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuaraian Trafik Kuala Lumpur-Barat (SPRINT), Kajang-Seremban (LEKAS) dan Lingakaran Luar Butterworth (BORR). 

Sementara itu, lima lebuh raya di bawah kendalian Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) turut menawarkan rebat tol sebanyak 20 peratus kepada pengguna kenderaan kelas 1 yang membuat bayaran tol secara elektronik mulai semalam hingga Selasa depan. 

Lebuh raya itu ialah Lebuhraya PLUS (kecuali Plaza Tol Bukit Kayu Hitam dan Bangunan Sultan Iskandar), Seremban-Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Kulim-Butterworth (KLBK) dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA) kecuali Plaza Tol Tanjung Kupang. 

Dijangkakan sebanyak 3.62 juta kenderaan akan menikmati diskaun dan rebat sempena perayaan Tahun Baharu Cina. 

Pemberian diskaun dan rebat sempena perayaan akan diteruskan sebagai menyambut seruan kerajaan menggalakkan syarikat konsesi melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di lebuh raya sebagai tanda penghargaan kepada pengguna lebuh raya. 
- BERNAMA 


Sumber : Berita Harian

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...