Thursday, May 23, 2013

TIPS DAN AMALAN KETIKA MUSIM PANAS

Tips dan amalan ketika musim panas

Info yang saya nak kongsikan kali ini ialah berkenaan tips dan amalan seharian ketika musim panas. Ini adalah berkaitan dengan keadaan cuaca yang berlaku di Lembah Klang sejak bulan April 2013 ini yang boleh di kira tidak menentu juga, cuaca panas yang kadang-kadang ada sedikit hujan. Rata-rata penduduk sekitar Lembah Klang ketika ini akan mengalami keadaan cuaca panas pada siang dan juga malam hari. 

Apa yang nak dikongsikan ialah cuaca panas yang terjadi di Lembah Klang sepertimana yang dilaporkan oleh media-media sediada yang mana suhu panas di Lembah Klang dengan purata  35 darjah Celcius. Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan, cuaca panas dan kering ini dikaitkan dengan perubahan pola angin dan kesan ribut Mahesan di Teluk Bengal. 

Kesan daripada cuaca panas ini harus di ambil berat kerana sekiranya di ambil lewa mungkin akan memudaratkan kesihatan kita. Berikut tips dan amalan seharian ketika musim panas yang boleh membantu kita mengurangkan risiko ketika musim panas ini.

Tips dan amalan yang PERLU kita lakukan seharian ialah :

1. Banyak minum tanpa mengira tahap aktiviti kita dan jangan tunggu hingga tekak merasa dahaga.

2. Minum minuman isotinik kerana minuman ini boleh mengantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.

3. Sentiasa berada di dalam rumah atau bangunan.

4. Hadkan aktiviti luar anda.

5. Berehat dengan lebih kerap.

6. Mandi atau buka kipas angin untuk menyejukkan badan.

7. Pakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar.

8. Sewajarnya pakai pakaian yang dibuat daripada 100% cotton.

9. Pakai topi atau payung untuk mengelak daripada pancaran haba terus ke badan kita.


Perkara yang JANGAN kita lakukan seharian ialah :

1. Jangan minum minuman yang berkafein, alkohol atau yang mengandungi kandungan gula yang tinggi.

2. Jangan duduk di dalam kenderaan yang bertutup tanpa pendingin udara.

3. Jangan bersenam dalam cuaca panas.


Simptom-simptom strok haba :

- Muka kemerahan.
- Tidak berpeluh.
- Suhu badan meningkat ketara.
- Sawan.
- Sakit kepala.
- Denyutan nadi pantas.
- Tidak sedarkan diri.
- Lesu.
- Bingung.
- Kulit kering


Info ini adalah merujuk kepada artikel ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...