Kalau sudah kreatif, ada saja yang mampu diciptakan biarpun hanya menggunakan 'besi karat'. Begitulah artis James Corbett, 53, yang menghasilkan pelbagai arca berbentuk haiwan dengan mengimpal komponen daripada kereta lama.
Tidak kira apa pun bahagian kenderaan digunakan, Corbett yang berasal dari Brisbane, Australia mampu mengubahnya menjadi bentuk yang sangat realistik seperti arnab, ayam, malah cheetah.
Setiap arca mengambil sehingÂga tiga minggu untuk disiapkan dan memerlukan penelitian terperinci subjek ditiru sebelum Corbett mula bekerja.
Hobi peliknya bermula pada 1998 selepas satu arca ciptaannya dijadikan perhiasan kedainya dan tanpa diduga menarik minat pembeli sehingga dia mula mendapat lebih ramai pelanggan.
BURUNG ‘Feeding Ibis’ ini bernilai RM27,000
LEMBU digelar ‘Fifth Cow’ bernilai RM35,000
AYAM serama dinamakan ‘Colourful Bantam’ dijual dengan harga RM25,000
No comments:
Post a Comment