Wednesday, April 16, 2014

AIRASIA SAHKAN AKAN BERPINDAH OPERASI KE KLIA2 MENJELANG 9 MEI 2014

KLIA2

AirAsia mengesahkan pihaknya akan memindahkan operasinya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) menjelang 9 Mei 2014.

Pengerusi Eksekutif AirAsia Bhd, Datuk Kamarudin Meranun berkata walaupun masih terdapat beberapa isu komersial yang tertangguh, perkara itu tidak akan membataskan operasinya di KLIA2.

Beliau berkata, AirAsia telah membuat persediaan yang perlu untuk berpindah ke KLIA2, sejajar dengan spesifikasi Kesediaan Operasi dan Pemindahan Lapangan Terbang (ORAT), seperti ujian operasi dan 'airside'.

Dengan bantuan dan sokongan daripada pihak Malaysia Airport Holding Bhd (MAHB), kami akan dapat melengkapi kehendak spesifikasi ORAT untuk memudahkan proses perpindahan kami," katanya dalam satu kenyataan seperti dipetik oleh Bernama.

Kamarudin berkata, syarikat penerbangan itu yakin perkhidmatan di lapangan terbang baharu itu dan perkhidmatan Kumpulan AirAsia yang bertaraf dunia itu akan terus meningkatkan pertumbuhan industri pelancongan negara, serta industri dan sektor berkaitan yang lain.

Awal bulan lalu, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi mengumumkan Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) akan ditutup pada 9 Mei depan bagi menjamin kelancaran pembukaan KLIA2.

Beliau berkata operasi KLIA2 akan bermula seperti dijadualkan iaitu pada 2 Mei depan yang mana membabitkan empat penerbangan pertama iaitu Cebu Pacific, Malindo Air, Tiger Airways dan TigerAir Mandala.

Bagaimanapun, AirAsia mengeluarkan satu kenyataan bahawa pihaknya enggan berpindah ke KLIA2 dari LCCT berikutan kebimbangan terhadap tahap keselamatan dan operasi penerbangan di KLIA2.

Tuesday, April 15, 2014

SAMSUNG PERKENAL TV BERTEKNOLOGI TINGGI UHD DI PASARAN MALAYSIA

Samsung Curved 65" UHD TV

Samsung Electronic Malaysia (Samsung Electronic) hari ini melancarkan televisyen Curved 65" yang menggunakan teknologi Definisi Tinggi Ultra (UHD) yang memberikan pengalaman menonton yang berbeza di pasaran negara ini.

Presidennya, Lee Dong Yong berkata, televisyen dengan kelebaran 65 inci itu turut menampilkan beberapa ciri tambahan termasuk 'Mode Soccer' bagi memberikan kepuasan kepada pengguna ketika menonton rancangan bola sepak.

"Produk ini merupakan usaha Samsung untuk memberikan para penggunanya pengalaman menonton yang baharu," kata beliau sewaktu pelancaran produk tersebut di sini.

Samsung Curve 65" UHD itu mula berada di pasaran akhir bulan ini pada harga RM21,999.
Dong Yong berkata, produk yang pertama seumpamanya di dunia itu turut didatangkan dengan paparan 'Ultra Clear Panel' dengan resolusi 3840 X 2160 yang dilengkapi dengan fungsi multi skrin.

Samsung Curved Uhd TV

Samsung Curved UHD TV



Friday, April 11, 2014

ELAK KEHABISAN MINYAK PESAWAT INI MENDARAT DI STESEN MINYAK


pesawat isi minyak

AKIBAT kehabisan minyak, seorang juruterbang mengambil keputusan untuk mendarat di jalan raya dan mengisi bahan bakar di stesen minyak di Daerah Beichuan, China.
Pesawat ringan yang dipercayai dikendalikan oleh juruterbang warga asing itu pada mulanya mendarat di jalan raya sebelum dilihat beratur bersama kenderaan lain untuk masuk ke stesen minyak.
Seorang jurucakap polis berkata, pihaknya telah mendapat laporan bahawa terdapat sebuah pesawat telah mendarat di jalan raya serta bergerak seperti kenderaan biasa.
"Agak sukar untuk mempercayai laporan itu tetapi beberapa saksi yang tampil bersama gambar membuatkan kami akhirnya mempercayai laporan berkenaan,"  kata polis terbabit.
pesawat isi minyak

Jelasnya, siasatan polis masih mengesan lokasi pesawat itu mendarat dan berlepas selepas mengisi minyak.
"Kami beranggapan pesawat itu mungkin kenderaan biasa tapi berbentuk kapal terbang, namun saksi berkata ia mempunyai keupayaan untuk terbang.
"Malah, seorang atendan stesen minyak memberitahu, juruterbang itu menceritakan dia telah menghabiskan sebanyak £200,000 untuk pesawat berkenaan," ujarnya.
Berikutan itu, pihak polis Beichuan kini sedang menjejaki juruterbang warga asing itu untuk siasatan.

Sumber : mstar online

Wednesday, April 2, 2014

AIR ASIA KEKAL OPERASI DI LCCT SELEPAS 9 MEI 2014


KUALA LUMPUR: Semua operasi AirAsia dan AirAsia X akan terus kekal di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) walaupun selepas 9 Mei 2014, kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd, Aireen Omar.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, beliau berkata, walaupun AirAsia bersedia pindah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), perpindahan itu hanya akan dilakukan selepas semua isu diatasi.

Aireen berkata demikian sebagai maklum balas kepada pengumuman Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi bahawa LCCT akan ditutup menjelang 9 Mei 2014 bagi memudahkan pembukaan klia2.

Menurutnya, keputusan kajian Ikram Premier Consultings mengenai kesediaan klia2 baru-baru ini menunjukkan wujudnya lekukan di landasan rayap/apron dan landasan yang memerlukan langkah pemulihan berkala dilakukan ke atas kawasan tertentu.
 
"Keadaan ini akan menjejas operasi penerbangan hab seperti kumpulan AirAsia yang mempunyai kira-kira 400 pergerakan pesawat sehari dan sekurang-kurangnya 70 pesawat miliknya di LCCT," katanya.

Aireen berkata, adalah penting untuk memastikan langkah pemulihan dilakukan sebelum perpindahan bagi mengurangkan risiko berkaitan insiden penerbangan.

"AirAsia juga percaya kesediaan beroperasi dan tempoh perpindahan lapangan terbang (ORAT) untuk menyokong operasi AirAsia akan memerlukan lebih daripada dua bulan seperti diberikan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Aireen berpendapat tempoh perpindahan yang ditetapkan MAHB itu tidak realistik dan terlebih optimis.

Menurutnya, ORAT untuk perpindahan dari terminal utama KLIA ke LCCT pada 2006 mengambil masa lebih daripada dua bulan ketika operasi AirAsia ketika itu jauh lebih kecil.

"Selain itu, terdapat perkara utama berkaitan komersil, operasi dan perkara terbuka dalam kontrak yang masih dibincangkan antara AirAsia dan MAHB yang perlu diselesaikan sebelum perpindahan ke klia2," katanya.

Sumber : mStar Online

Tuesday, April 1, 2014

LCCT DITUTUP PADA 9 MEI 2014, KLIA 2 DIJANGKA BEROPERASI PADA 2 MEI 2014


KLIA 2

KLIA 2


KUALA LUMPUR: Terminal Penerbangan Tambang rendah (LCCT) akan ditutup pada 9 Mei, 2014, bagi memudahkan pembukaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi. 

Beliau berkata, klia2 dijadualkan dibuka pada 2 Mei dengan empat syarikat penerbangan memulakan operasi di lapangan terbang baharu itu. 


"Syarikat penerbangan itu termasuk Cebu Pacific yang berpangkalan di Filipina, Tigerair Mandala yang berpangkalan di Indonesia, Tiger Air yang berpangkalan di Singapura dan syarikat penerbangan hibrid tempatan, Malindo Air," katanya kepada pemberita di Persidangan dan Pameran Dunia Bandar Lapangan Terbang 2014 di sini, hari ini. 

Beliau berkata syarikat penerbangan tambang rendah Cebu Pacific akan memulakan penerbangan pertama di lapangan terbang itu pada jam 12.30 malam. 

Aziz berkata pertumbuhan penumpang yang disasarkan ke Malaysia tahun ini ialah sebanyak 9.7 peratus dan beliau yakin sasaran itu dapat dicapai meskipun insiden penerbangan MH370 Malaysia Airlines. 

Acara dua hari itu merupakan platform global yang menyediakan perbincangan dan perbahasan peringkat tinggi mengenai pewujudan dan pembangunan bandar lapangan terbang serta kepimpinan, amalan terbaik dan inovasi. 

Sumber : Berita Harian




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...