Thursday, January 30, 2014

18 Lebuh Raya Beri Diskaun 5 Hingga 37.5 Peratus Sempena Tahun Baharu Cina



Sebanyak 18 lebuh raya memberikan diskaun tol pada kadar lima peratus hingga 37.5 peratus untuk kenderaan kelas 1 mulai hari ini hingga Ahad sempena perayaan Tahun Baharu Cina. 

Menurut kenyataan akhbar Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) hari ini, lebuh raya yang memberi diskaun ialah SMART, Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Guthrie (GUTHRIE), Kemuning Shah Alam (LKSA), Shah Alam (KESAS), Duta-Ulu Kelang (DUKE), Klang Selatan (SKVE) dan Kuala Lumpur-Karak (KLK), 


Lebuh raya lain ialah Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1), Baharu Pantai (NPE), Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX), Pintas Selat Kelang Utara Baharu (NNKSB), Sungai Besi (BESRAYA), Senai Desaru (SDE), Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuaraian Trafik Kuala Lumpur-Barat (SPRINT), Kajang-Seremban (LEKAS) dan Lingakaran Luar Butterworth (BORR). 

Sementara itu, lima lebuh raya di bawah kendalian Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) turut menawarkan rebat tol sebanyak 20 peratus kepada pengguna kenderaan kelas 1 yang membuat bayaran tol secara elektronik mulai semalam hingga Selasa depan. 

Lebuh raya itu ialah Lebuhraya PLUS (kecuali Plaza Tol Bukit Kayu Hitam dan Bangunan Sultan Iskandar), Seremban-Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Kulim-Butterworth (KLBK) dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA) kecuali Plaza Tol Tanjung Kupang. 

Dijangkakan sebanyak 3.62 juta kenderaan akan menikmati diskaun dan rebat sempena perayaan Tahun Baharu Cina. 

Pemberian diskaun dan rebat sempena perayaan akan diteruskan sebagai menyambut seruan kerajaan menggalakkan syarikat konsesi melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di lebuh raya sebagai tanda penghargaan kepada pengguna lebuh raya. 
- BERNAMA 


Sumber : Berita Harian

Tuesday, January 28, 2014

Bunyian Semula Jadi Paling Indah Di Dunia Dari Taman Negara Kubah Di Kuching, Sarawak

Air terjun di Taman Negara Kubah, Kuching Sarawak
Air terjun di Taman Negara Kubah, yang terletak 22km dari Kuching
Rakaman bunyi-bunyian semula jadi termasuk bunyi katak, burung dan serangga dari Taman Negara Kubah di Kuching, Sarawak, telah dinilai sebagai "bunyi yang paling indah di dunia" oleh laman web gaya hidup BeautifulNow (www.BeautifulNow.is) yang berpangkalan di Amerika Syarikat.
Pemenang telah diumumkan di laman web baru-baru ini dan juga di laman web perkongsian muzik, Soundcloud.com, selepas pencarian bunyi-bunyian paling indah di dunia dilakukan selama sebulan.
Pengumuman itu telah dipetik oleh laman web gaya hidup dan alam semulajadi yang lain sebelum pengguna internet di Malaysia mula berkongsi berita itu di media sosial awal minggu ini.
Jurugambar dan jururakam bunyi Australia Marc Anderson mengemukakan rakaman, bertajuk 'Dusk By The Frog Pond', di bawah kategori 'Persekitaran Liar'.
Pendengar mengundi untuk tempat teratas dari penyertaan oleh lebih 10 peserta akhir.
Pengerusi The Sound Agency, Julian Treasure, sebuah syarikat penjenamaan yang mempunyai pelanggan termasuk Harrod, Honda dan Nokia, mencipta pertandingan tersebut.
Dalam temu bual audio yang disiarkan di laman web, Treasure berkata rakaman Anderson adalah "rakaman kaya dengan kehidupan paling menakjubkan dan paling 'hidup'" dan menyatakan ia menjadi sebab mengapa pengundi memilihnya.
Sumber : Mstar Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...