Tuesday, October 8, 2013

MICROSOFT PULA AKAN KITAR SEMULA AKAUN EMAIL YANG TIDAK AKTIF



Sebelum ini Yahoo! telah mengumumkan akan memadam akaun Yahoo! ID yang tidak aktif lebih dari 12 bulan bermula 15 Julai 2013 sekaligus akan membolehkan pengguna lain mendapatkan ID yang tidak aktif itu diguna semula. 




Yang terbaru pihak Microsoft pula akan melakukan perkara yang sama kepada pengguna akaun Microsoft yang tidak aktif . Daripada sumber yang diketahui, Microsoft mensyaratkan penggunanya mengakses akuan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 270 hari, sekiranya tiada akses oleh pengguna Microsoft akan menghentikan akses tersebut. Seterusnya selepas 360 hari akaun tersebut dipadam, akaun tersebut boleh ditawarkan kepada pihak yang lain.

Apa yang menjadi persoalannya di sini ialah isu privasi bagi alamat email pengguna yang lama kerana dikhuatiri email yang dihantar kepada pengguna lama boleh diterima oleh pengguna email yang baru.

Walaubagaimanapun bagi pengguna akaun Google, akaun penggunanya masih tidak boleh digunakan semula walaupun ianya dipadam oleh penggunanya sendiri.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...