Friday, August 30, 2013

KHASIAT MADU KELULUT


Khasiat Madu Kelulut

Kelulut merupakan antara spesies lebah yang tidak menyengat, menjadikan serangga tersebut mudah dikendalikan berbanding lebah madu biasa. Lebah kelulut merupakan agen penting untuk proses pendebungaan di kawasan tropika, sub-tropika dan di bahagian-bahagian tertentu dunia.

Menurut kajian yang dijalankan di seluruh dunia, terdapat hampir 150 spesies lebah kelulut antaranya Trigona scaptotrigona, Trigona laeviceps, Trigona apicalis, Trigona thorasica, Trigona itama dan pelbagai lagi.

Antara negara yang dikenal pasti mempunyai lebah kelulut adalah Indonesia (37 spesies), Thailand (20 spesis), Myanmar (9 spesies), Vietnam (8 spesies), India (3 spesies), Taiwan (1 spesies) dan di Malaysia.

Lebah kelulut memiliki koloni yang besar dengan organisasi sosial yang sangat kompleks berbanding dengan lebah madu. Senibina sarang lebah kelulut juga berbeza-beza mengikut spesies tertentu di mana ada sesetengahnya suka bersarang di dalam tanah, di dalam kayu sehinggalah di celah-celah belahan batu.

Khasiat Madu Kelulut
Sarang Kelulut Asli
Khasiat Madu Kelulut
Sarang Ternakan Kelulut

Sikap tersebut menunjukkan bahawa lebah kelulut memiliki perilaku yang kompleks menjadikan serangga tersebut sukar untuk diternak. Malah, artikel ilmiah mahupun kajian mengenai lebah kelulut jarang ditemui kerana masih ramai yang tidak berminat untuk mengkajinya. Kajian MARDI juga menunjukkan madu lebah kelulut mengandungi pelbagai jenis asid fenolik yang berguna untuk manusia.

Khasiat Madu Kelulut
KELULUT menghasilkan tiga jenis madu iaitu madu (kiri), propolis dan pollen
Asid p-coumaric sebagai contoh mengandungi bahan antioksidan yang tertinggi dan dipercayai mampu mengurangkan risiko kanser perut dengan mengurangkan pembentukan bahan nitrosamin (karsinogen) diikuti asid protokatechuik dan asid vanilik.

Manakala asid fenilpropionik, sejenis bahan utama madu kelulut juga dikatakan mampu mengurangkan enzim cyclooxygenase-2 (COX-2) yang menyebabkan pembentukan radang semasa perkembangan kanser usus besar. Bahan tersebut juga berkesan dalam menurunkan tahap kolestrol dalam plasma darah, hati juga mengurangkan trigliserida dalam darah.


Info : Utusan Online

Saturday, August 3, 2013

JADUAL DAN TIPS PERJALANAN LEBUHRAYA PLUS (TTA) SEMPENA CUTI AIDILFITRI 2013


Jadual PLUS Aidilfitri 2013



















CUTI HARI RAYA AIDILFITRI: PLUS GESA ORANG RAMAI PATUHI JADUAL PERJALANAN TTA
Orang ramai digesa supaya merancang perjalanan balik kampung mereka menjelang cuti Hari Raya Aidilfitri yang akan datang berdasarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan oleh PLUS.
Menurut Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Dato’ Noorizah Hj Abd Hamid, “TTA memainkan peranan yang amat penting dalam membantu orang ramai merancang perjalanan mereka. Ini memandangkan sebanyak 1.4 juta kenderaan dijangka akan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan setiap hari pada cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang. Jumlah ini merupakan peningkatan sebanyak 30 peratus berbanding 1.1 juta kenderaan sehari yang dicatatkan pada hari-hari biasa.”
Jadual TTA terdiri daripada cadangan perjalanan berperingkat mengikut masa dan destinasi tertentu dari Lembah Klang ke negeri-negeri dan bandar-bandar utama di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Ia bertujuan untuk mengagihkan trafik dan mengurangkan kesesakan di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza-plaza tol dan kawasan rehat pada waktu-waktu puncak.
“Jadual TTA kali ini memberi fokus kepada perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan di antara 2 hingga 7 Ogos (bagi perjalanan balik kampung) serta di antara 10 hingga 18 Ogos (bagi perjalanan balik ke Lembah Klang). Bagi orang ramai yang menuju ke destinasi-destinasi yang lebih jauh mereka disarankan untuk keluar lebih awal manakala yang hampir dengan Lembah Klang, mereka disarankan supaya memasuki lebuh raya lebih lewat,” tambah Noorizah.
Jadual TTA kali ini turut merangkumi perjalanan orang ramai pada cuti Hari Kemerdekaan iaitu di antara 30 Ogos hingga 1 September.
Noorizah ditemui pada majlis taklimat kepada wakil media berhubung TTA dan persediaan PLUS dalam menghadapi peningkatan trafik yang diadakan di Persada PLUS pada 2 Ogos.
“Kadar pematuhan yang tinggi terhadap jadual TTA oleh orang ramai pada musim-musim perayaan yang lalu membuktikan keberkesanan TTA di mana ia berjaya mengurangkan kesesakan di Lebuhraya Utara-Selatan dan menjadikan perjalanan mereka lebih lancar, selamat dan selesa. Oleh itu, kami berharap orang ramai akan terus memberikan kerjasama dengan mematuhi jadual yang dikeluarkan ketika pulang ke kampung dan kembali semula ke Lembah Klang, kerana keberkesanan TTA bergantung kepada orang ramai,“ kata beliau.

Sumber
http://www.plus.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=244%3Aaidilfitri-holidays-plus-urges-public-to-follow-its-travel-time-advisory-for-smoother-travel-&catid=1%3Apress-releases&Itemid=173&lang=en

Friday, August 2, 2013

LAMBORGHINI FERRUCCIO

Syarikat pembuatan kereta terkenal Lamborghini akan menyambut ulang tahun Jubli Emas pada Oktober 2013 nanti. Dikhabarkan akan melancarkan kereta konsep hasil rekaan seorang pelajar reka bentuk pengangkutan dari Universiti Staffordshire, Mark Hostler. Lamborghini Ferruccio akan menjadi cabaran kepada pesaingnya iaitu Ferrari. Lamborghini Ferruccio direka bentuk dengan konsep jet pejuang dan akan dilengkapi enjin 'V12 5.0 liter turbocharger and direct injection system'.

Galeri Lamborghini Ferruccio konsep untuk tatapan umum.













LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...